Bahan-bahan:
4 cawan beras – dibersih dan ditoskan (Kalau guna beras basmathi rendam selama 20minit dan toskan)
5 cawan air
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar minyak sapi
4 sudu besar minyak masak
5 sudu besar tomato sup – Saya guna jenama kimball
Bahan untuk menumis:
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
1 labu bawang besar – dicincang
2 biji tomato – di cincang
2 batang serai – diketuk
2 ulas bawang putih – di hiris
3 ulas bawang merah – di hiris
1 inci halia – di hiris nipis
2 helai daun pandan – di simpul
garam secukup rasa
Cara memasak :
.
1. Cairkan minyak sapi dan minyak masak diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 2 minit.
2. Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga berbau wangi.
3. Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit.
4. Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato sup, simpulan daun pandan dan garam secukup rasa.
5. Pindahkan periuk ke dalam periuk nasi elektrik dan masak seperti biasa.
AYAM MASAK MERAH
ππππππππ
Bahan A:
1 ekor ayam – di potong 12
garam dan kunyit secukupnya – untuk menggoreng ayam
2 batang serai – di ketuk
1 labu bawang besar – di potong bulat
1 tin kecil kacang peas
1 sudu besar gula melaka
Bahan B – Dikisar:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
10 tangkai cili kering – di rebus hingga lembut dan toskan
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Cara memasak:
πππππ 1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit. Goreng hingga keemasa dan ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga berbau wangi.
3. Masukkan sos tomato, sos tiram dan gula melaka dan renihkan hingga kuah benar-benar masak.
4. Perasakan dengan garam dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi serta gaul rata. Biarkan kuah sedikit pekat dan masukkan kacang peas serta matikan api dapur