Remaja Bawa Neneknya Masuk Tiktok Jadi Viral, Rupanya Ramai Yang Tiba-Tiba Jadi Sedih

SIAPA sangka? Percubaan pertama jejaka ini menghasilkan video TikTok membuahkan hasil apabila ia tular dan menerima hampir sejuta tontonan?

Ia gara-gara neneknya, Hasnah Yahaya, 88, atau mesra digelar Tok yang membuat kemunculan dalam video itu.

Bercerita kepada mStar, Amirul Hizami Mohd Arif, 21, mengakui tidak sangka video yang dikongsi pada Selasa lalu akan meraih perhatian ramai.

Jelas Amirul, video itu pada mulanya sekadar dikongsi kepada kakaknya yang menyambung pelajaran di Korea Selatan bagi menghilangkan rindu kepada warga emas itu.

“Saya baru je install dalam minggu ni. Masa tu tengok ada seorang perempuan buat TikTok dengan neneknya.

“Saya kongsi video tu dalam grup WhatsApp famili. Kakak minta buat dengan Tok, dia nak tengok, nak hiburkan diri.

“Dia belajar di Korea. Dia pun rindu nak tengok Tok,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Setelah menghasilkan video itu untuk kakaknya, Amirul mengambil keputusan untuk berkongsi di Twitter sebelum ia tiba-tiba menjadi tular.

Malah, rata-rata pelayar TikTok turut memuji kecomelan nenek Amirul, tak kurang juga yang berkongsi kisah mereka sendiri.

“Bila saya baca komen, ada yang kata rindu nenek mereka. Ada yang cerita dah tak ada nenek.

“Saya yang baca pun rasa sedih. Bagi saya, TikTok ni walaupun ada orang anggap negatif… kalau kita guna untuk tujuan baik, maka hasilnya juga baik,” ujarnya lagi.

Kata Amirul, warga emas itu mula tinggal bersama keluarganya sejak dia berusia 10 tahun.

Sepanjang membesar, banyak kenangan yang dicipta bersama neneknya termasuklah nasihat-nasihat berguna yang menjadi pegangan sehingga hari ini.

“Tok dulu cikgu sekolah. Dia dah biasa dengan budak-budak. Nenek memang sentiasa positif, selalu bagi nasihat.

Artikel Berkaitan   Warga Emas 65 Tahun Rogol Anak Tiri Ketika Isteri Tiada Di Rumah

“Kenangan paling manis masa pergi ke Pulau Nami di Korea dengan Tok dua tahun lepas,” ujarnya lagi.

 

Amirul merupakan penuntut Management and Science University (MSU) Shah Alam, Selangor dalam bidang seni kulinari.

Sehingga kini, tweet video TikTok yang dikongsi Amirul turut menerima 50,000 ulang kicau (Retweet).

Dalam video itu, Amirul bersama neneknya berdiri di hadapan cermin sebelum mereka berdua kelihatan bertukar badan antara satu sama lain.

kredit ceritaa