Remaja Yang Selalu Berjaga Malam Berisiko Terkena Asma

Remaja khasnya pelajar IPT mungkin sudah biasa dengan aktiviti berjaga tengah malam bagi menyiapkan tugasan yang diberi pensyarah masing-masing. Ada juga yang berjaga disebabkan leka dengan gajet dan media sosial.

Namun, tahukah anda aktiviti berjaga tengah malam yang kerap atau stay up sehingga lewat malam ini boleh mendatangkan keburukan kepada kesihatan?

Menurut kajian oleh Barcelona Institute for Global Health di Sepanyol, remaja yang selalu berjaga lewat malam dan bangun lambat keesokkan hari mempunyai risiko lebih mudah terkena asma dan alergi berbanding mereka yang tidur dan bangun lebih awal.

Menerusi 1,684 remaja dari usia 13 dan 14 tahun yang tinggal di kawasan barat Bengal, India mendapati remaja yang selalu berjaga sehingga lewat malam ini mudah mengalami masalah pernafasan seperti asma, dan juga simptom alergi lain seperti hidung berair dan juga bersin.

Kajian yang diterbitkan dalam ERJ Open Research ini juga merumuskan remaja yang mempunyai tabiat berjaga sehingga lewat malam adalah tiga kali ganda lebih mudah terkena asma dan dua kali risiko mempunyai alergi rhinitis, berbanding dengan mereka yang tidur awal.

Masalah ini juga dikaitkan dengan hormon melatonin yang tinggi kepada remaja yang suka berjaga sehingga lewat malam, menyebabkan mereka lebih mudah jatuh sakit disebabkan suka berjaga lewat malam.

Sumber: ERJ Open Research

 

Artikel Berkaitan   5 Manfaat Besar Sekiranya Anda Cuba Tumbuhan Ini, Ia Juga Rahsia Turun Temurun Jaga Kesihatan