Resipi Fishball Goreng Celup Tepung Untuk Minum Petang

Tak tahu nak masak apa untuk juadah minum petang? Resipi mudah perkongsian saudari Nur Aqilah Jufri ini anda boleh cuba. Fishball @ Bebola Ikan Goreng sahaja… Ya, macam yang ada dijual di pasar malam tu. Cicah dengan sos cili thai, waduh, nikmatnya… Anak-anak pasti suka ni. Jom lihat cara-caranya.


RESIPI FISHBALL GORENG CELUP TEPUNG

BAHAN-BAHAN:
1 paket bebola ikan @ fishball
5-6 sudu makan tepung gandum
1 sudu kecik serbuk kunyit
1 sudu kecik garam
1 biji telur
1 cawan air
Lidi sate secukupnya

CARA MEMASAK:

1.Masukkan tepung gandum, serbuk kunyit, garam, telur dan air ke dalam bekas.


2. Gaul kesemua bahan sehingga jadi pekat dan tepungnya tidak berketul-ketul.


3. Seterusnya masukkan bebola ikan @ fishball yang sudah dibilas dengan air dan ditoskan.


4. Gaul rata bebola ikan tadi bersama tepung sehingga semua bersalut sempurna.


5. Cucuk bebola ikan dengan lidi sate atau jika tiada lidi, boleh terus digoreng begitu sahaja juga tiada masalah.


6. Pastikan bebola ikan digoreng hingga garing.


7. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidang. Fishball Goreng ini sedap dimakan bersama sos thai yang telah dibancuh dengan sedikit air supaya sos nya tidak terlalu pekat.

Kredit resipi & foto: Nur Aqilah Jufri