
Dapat dilihat ribuan cengkerik berterbangan dan mati selepas disembur asap. Malah lebih teruk cengkerik-cengkerik ini dilihat hingga ke badan jemaah sehingga memenuhi tubuh mereka.
Selepas tersebar luas, ada yang mengaitkan kejadian ini dengan bibit-bibit kerosakan yang dibawa masuk ke Semenanjung Arab termasuk negara Timur Tengah dengan adanya tarian melampau, judi dan sebagainya.
Sebagai manusia kerdil, ternyata Allah telah menurunkan ayat al-Quran sejak 1400 tahun dahulu seperti dinyatakan dalam surah Al-A’raf ayat 133 yang membawa maksud:
Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.
Malah surah ini turut dikaitkan dengan kesombongan yang dilakukan oleh kaum-kaum terdahulu termasuk Kaum Nabi Musa yang menjadi tunduk kepada kekuasaan Allah. Namun selepas diturunkan bala,
Dan apabila azab yang tersebut itu menimpa mereka, mereka (merayu dengan) berkata:
“Wahai Musa! Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami dengan (kehormatan) pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu (yang menjadikan permohonanmu sentiasa makbul). Jika engkau menghapuskan azab itu daripada kami, tentulah kami akan beriman kepadamu, dan sudah tentu kami pasti akan kaum Bani Israil (pergi) bersamamu”.
Dalam pada itu, satu kenyataan rasmi daripada Majlis Perbandaran Tanah Suci Makkah berkaitan serangan ribuan cengkerik ini.
Berhubung dengan isu semasa Iaitu video yang merakamkan ribuan serangga memenuhi beberapa kawasan di sekitar kota Makkah Assyarif.
Majlis Perbandaran Kota Suci Makkah telah membuat siasatan dan hasil siasatan itu menjelaskan:
Bahawa serangga itu adalah sejenis serangga yang bernama (janadibu sauda) atau (al jaddejad). Atau dikenali juga sebagai lipas malam (cengkerik). Ia terbang sekawan dari tempat lain ke tempat lain.
Walau bagaimanapun, pasukan keselamatan yang dikhususkan daripada unit kawalan serangga telah dihantar untuk menyelesaikan masaalah ini.
Pekerja pembersihan melakukan kerja-kerja membersih selepas cengkerik ini mati.
Sebanyak 138 orang pekerja yang disertakan bersama mereka sebanyak 111 alat kawalan perosak atau alat pembasmi serangga.
Pembasmian telah bermula dari sudut yang mana ia banyak terdapat di luar. Iaitu saluran air bawah tanah, Saluran air kumbahan, Laluan terbuka atau tertutup
Semua ini dilakukan disekitar masjidil haram assyarif khususnya di bahagian yang bernama Al Qusyasyiyyah.
Maka sesungguhnya, pihak berwajib telah berjaya menangani masaalah ini dengan mengerahkan segala tenaga dan usaha mereka. Bergantung pada kemampuan yang mereka miliki untuk menjaga kesucian tanah haram ini.
Ia menjadi bukti pantas dan segeranya perlaksanaan ini dilakukan serta-merta bagi membasmi serangga serangga ini agar dapat menjamin keamanan dan keselamatan kepada tetamu tetamu tetamu Allah di Baitullah.
sumber: Rangkaian Pasukan Saya