Sangat Mudah Dan Menjimatkan Masa-1 Adunan Dapat ‘2 Jenis Kuih’

Siapa suka buat kuih wajib cuba resipi ini. 1 resipi adunan doh boleh buat 3 jenis kuih sekaligus yang sedap, mudah dan membuka selera anak-anak.


Menerusi perkongsian saudari Nitaharry, beliau telah menunjukkan cara-cara menghasilkan doh yang boleh digunakan untuk menghasilkan donut, cakoi dan pau yang sangat sedap.

Berbaloi kan? Jimat masa dan tenaga. Nak tahu resipinya? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI DOH HOMEMADE UNTUK BUAT 3 JENIS KUIH

Bahan-bahan:

  • 400g tepung gandum
  • 1 cawan air
  • Marjerin 1 sudu besar
  • 1 sudu kecik garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu pekat manis/susu tepung
  • Yis mauripan 2 sudu kecik
  • 1/2 sudu kecik soda bikarbonat
  • Baking powder 1 sudu kecil
  • 1 biji telur

Cara-cara:

  1. Kalau guna breadmaker, masukkan sahaja semua bahan.
  2. Jika uli guna tangan, macam biasa satukan air, gula, yis dan susu pekat. Kemudian baru masukkan bahan-bahan lain.
  3. Bancuh dan biarkan kembang. Kemudian boleh uli macam biasa.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut jenis kuih yang mahu dibuat seperti donut, cakoi atau pau.

Untuk kuih donut, ambil doh mengikut saiz donut yang disukai. Bulatkan doh dan buat lubang di tengah menggunakan jari.

3 jenis kuih

Untuk kuih cakoi, uli doh kemudian gelek sampai jadi leper. Potongkan memanjang. Letak lidi di tengah dan tekankan.

3 jenis kuih

Untuk kuih pau, leperkan doh dan letak inti yang disukai. Bulat-bulatkan. Biarkan kembang sedikit sebelum dikukus.

Kredit: Nitaharry