Sedap & Berlemak-Cara Mudah Untuk Buat Kuah Pecal

Buat peminat pecal, bukan mudah nak jumpa kuah pecal yang sedap dan menepati citarasa.


Resipi kuah pecal yang dikongsikan Siti Zanariah Khalit ini, memang mengenyangkan bila dimakan dengan sayur, tauhu dan tempe goreng.

Kalau nak makan kuah pecal dengan keropok ikan atau keropok udang goreng, pun sedap. Keropok digaul dengan kuah kacang sehingga lembut. Sedap pula rasanya.

PECAL SAYUR

BAHAN-BAHAN:

Sengkuang
Timun
Tauge | celur
Kacang panjang | celur
Pucuk ubi | celur
Tauhu | digoreng
Tempe | digoreng (saya tak letak sebab takde)
Telur | direbus

BAHAN KUAH:

500gm kacang tanah
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar saiz sederhana
10 biji cili kering
3 biji cili padi
3 helai daun limau purut | dibuang urat tengah
Belacan
Cekur
½ ketul gula merah
Garam
Serbuk perasa
Pes asam jawa
(Goreng bahan bertanda )

CARA MEMBUAT:

1. Kisar kacang tanah.

2. Kemudian kisar bahan kuah dengan sedikit air suam. Air sedikit sahaja ya.
3. Satukan bahan kisar dengan kacang tadi. Gaul rata. Ketika proses ini, sekiranya nak buat stok, bolehlah dikepal padat.

4. Balut dengan wrapping plastic kemudian masukkan dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti sejuk.

5. Bila nak digunakan cuma perlu tambah air panas. Tapi saya tak nak buat stok, jadi saya bancuh semua dengan air panas. Kuantiti air panas bergantung pada kepekatan yang kita mahukan.

Kredit resipi: Siti Zanariah Khalit