Sedap Ikut Style ‘Utagha’ Ini-Gulai Ikan Temenung Penuh SEKUALI

Jika di Utara, ikan kembung ini dikenali sebagai ikan temenung. Memang sedap dibuat lauk Gulai Ikan Temenung. Campur pula bersama sambal kicap, memang kecur air liur dibuatnya.


Aroma gulainya yang pekat dan berlemak santan, membuatkan kita yang membaunya susah nak tolak lauk ini bila ada di depan mata.

Walaupun ikan temenung ini kecil dari ikan biasa, tapi ada cara masaknya supaya ikan tak hancur dan cantik dalam kuah. Ikan ini pun sedap rasa isinya. Manis-manis isi ikannya.

Resipi lauk ini dikongsikan oleh Cik Puan Jaja Emyzar melalui Facebook. Mudah nak sediakan bahan-bahannya. Tak perlu biji-biji rempah yang pelbagai. Serbuk kari ikan pun dah memadai.


RESIPI GULAI IKAN TEMENUNG

gulai ikan temenung

Bahan A: Hiris

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 camca besar halba campur
  • Daun kari

Bahan B:

  • 1 bungkus kecil rempah kari ikan babas (kuning)
  • 1 bungkus kecil rempah kari ikan cap O
  • 1 camca besar bawang putih blend

*satu kan bancuh dengan air*

Bahan C: 

  • Terung
  • Air asam jawa
  • Santan
  • Ikan temenung/ ikan  kembung
  • Garam
  • Cili hijau + Cili merah
  • Buah tomato – belah empat

Cara-cara memasak: 

1. Tumis bahan A sampai kekuningan.

2. Masukkan bahan B masak sampai pecah minyak. Saya guna api yang perlahan, jadi lambat sedikit.

3. Bila dah pecah minyak masukkan bahan C. Masak lagi biar ia betul-betul mendidih baru masukkan ikan.

4. Masa ini biarkan mendidih lagi sekali kemudian baru masukkan garam.

5. Akhir sekali, boleh masukkan cili hijau + merah + tomato. Tutup api.

6. Sedia untuk dihidang dalam pinggan lauk.


Selamat mencuba resipi Gulai Ikan Temenung style ‘utagha’ ini.