Selain Mengeluarkan Bau Yang Harum, Daun Pandan Juga Ada Khasiat Yang Ramai Orang Malaysia Mensia-Siakannya

Kenapa nenek moyang kita dulu wajib tanam pokok pandan di laman? Selain kegunaan penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain, rupanya pandan ini banyak khasiat kepada kesihatan.


Rasanya semua orang tau bahawa daun pandan memang wangi. Disebabkan wangian atau harumannya yang unik, maka ada orang suka letak daun pandan dalam masakannya. Bahkan kalau nak masak nasi lemak tu, macam tak sah kalau tak letak daun pandan.

Begitu juga halnya bilamana dalam majis perkahwinan, kalau takde daun pandan yang dirincik-rincik dijadikan bunga rampai macam tak sah rasanya. Mesti nak kena ada, kalau tidak majlis tu macam ada something missing.. hehe..

Ada pun sebenarnya daun pandan nie banyak kegunaannya sepertimana yang pernah che petua kongsi sebelum ini antaranya termasuklah untuk hilangkan bau hapak dalam lemari, petua halau lipas, harumkan bilik, melebatkan rambut dan juga untuk wangikan ketiak.

Selain tu, kalau korang nak tau.. ada banyak lagi khasiat dan manfaat daun pandan nie…

Khasiat Daun Pandan Wangi

  1. Menurunkan darah tinggi

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Setelah itu, biarkan ia menyejuk dan minum airnya. Amalan ini dikatakan membantu menurunkan darah… insyaAllah.

  1. Matikan kuman dalam darah

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

  1. Supaya makanan tidak cepat basi

Dikatakan bahawa antara tujuan memasukkan daun pandan semasa memasak ialah untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

Selain itu, menurut orang tua-tua, daun pandan yang dicampur dalam masakan (mengandungi daging) membantu melembutkan daging.

  1. Melicinkan kulit

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang sukatan 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

  1. Mengecutkan rahim

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan setiap hari selama 40 hari.

  1. Menyembuhkan gejala payudara bengkak dan nyeri

Ambil 2-3 helai daun pandan. Tumbuk sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur makan. Selepas itu lumurkan pada bahagian yang berkenaan.

  1. Menyembuhkan sakit pada pangkal peha, sakit tulang atau kejang urat.

Sakit sepertimana yang disebutkan di atas atau sesetengah orang panggil sakit encok boleh diubati dengan menggunakan daun pandan. Caranya ialah dengan menggunakan 5 helai daun pandan, 20 helai daun sirih dan satu sudu besar minyak kayu putih. Campurkan kesemua bahan tersebut. Tumbuk agar sedikit hancur dan lumurkan pada bahagian yang sakit.

Petua Air Rebusan Pandan Dan Serai Untuk Nyahkan Bau Badan Secara Semulajadi

Tak payah nak sembur minyak wangi berbotol-botol. Guna saja cara tradisional ini untuk hilangkan bau badan dari dalam dan semula jadi.

Susahkan bila berhadapan dengan orang yang ada bau badan atau kita sendiri yang mengalami masalah ini? Rasa tak selesa dan setiap kali depan orang, ada yang tutup hidung tahan nafas. Walaupun dah banyak cara buat, pakai deodoran dan sembur minyak wangi bau tetap macam tu juga.

Bau badan sebenarnya berlaku apabila bakteria yang terdapat pada permukaan kulit menguraikan protein yang terdapat pada lapisan kulit dan peluh kepada asid.

Keadaan asid yang tinggi di dalam peluh menjadi penyebab utama bau badan menjadi busuk. Dua jenis asid yang menjadi faktor penyebab bau badan kita menjadi busuk ialah asid propionik dan asid isovalerik.

Pun begitu, petua yang dikongsi oleh Puan Wann Rohani ini mungkin boleh membantu mengatasi masalah bau badan sekaligus mewangikan secara semulajadi. Nak tahu bagaimana? Mudah saja, jom kita baca!

Bahan-bahan:
3 batang serai
2 daun pandan
2 mangkuk air
Cara-cara:

Jom ikuti langkah-langkah membuat air rebusan ini.

  1. Potong atau titikkan serai dan pandan.
  2. Masukkan serai dalam periuk yang dah diisi air. Didihkan serai sampai wangi.
  3. Kemudian masukkan daun pandan. Didihkan selama 2 minit dan tutup periuk.
  4. Jangan buka tutup periuk bagi mengelakkan semua wangian meruap ke persekitaran. Bila dah agak-agak suam, dah bolehlah minum seperti biasa.
    CARA MINUM

Minum air rebusan ini setiap hari pada bila-bila masa. Rasanya tawar-tawar saja, tapi baunya cukup wangi. Tak ada masalah nak meminumnya seperti sesetengah herba lain yang terasa pahit.

Kalau nak keluarkan angin dalam badan, tambahkan sedikit halia yang telah dihiris.

Boleh juga tambahkan air ini dengan 2 liter air kosong. Letakkan dalam peti ais dan minum sepanjang hari. Insha Allah berkesan.