“Semoga Kau Kena Hukum Dengan Tuhan” Empat Kaki Dipotong, Mulut Pula Dikerat, Kucing Ditemui Mati Dalam Keadaan Ngeri

Dalam dunia ini, bukan hanya manusia sahaja yang memerlukan tempat untuk hidup dan  berlindung. Hal ini kerana haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan turut berhak mendapat bahagian yang sama rata.

Namun, ada juga manusia yang masih bersikap kejam dengan hidupan lain sehingga mendatangkan kecederaan dan kematian kepada mereka.

Menerusi satu perkongsian daripada laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, satu laporan mengenai penemuan bangkai seekor kucing berdekatan dengan sebuah bengkel telah tular.

Apa yang memilukan, fizikal kucing tersebut tidak sempurna apabila keempat-empat kakinya serta bahagian mulut haiwan itu sudah tiada dipercayai dipotong sebelum bangkainya dibuang.

Sehubungan dengan penemuan bangkai kucing tersebut, pihak Persatuan Haiwan Malaysia telah mengambil inisiatif dengan menawarkan sebanyak RM5,000 kepada sesiapa yang boleh memberikan maklumat berkaitan individu yang berbuat kejam seperti itu.

Mereka juga berharap agar pelaku tersebut bakal dikenakan hukuman setimpal akibat daripada sifat tidak berperikemanusiaan yang dizahirkan keatas haiwan comel tersebut.

Oleh sebab itu, laman Facebook sumber telah dipenuhi dengan ratusan komen daripada warganet yang terkejut melihat gambar-gambar keadaan bangkai kucing malang ketika ditemui.

Mereka yang berang dengan si pelaku telah menghamburkan kemarahan menerusi ruangan komen dan turut berharap agar si pelaku segera ditahan dan mendapat pengajaran yang sewajarnya.

Sumber : Pencinta Haiwan Malaysia

Artikel Berkaitan   “Tolonglah Saya!” 2 Minggu Bermalam Di Lobi Hospital, Wanita Ini Akui Tiada Duit Untuk Sara Hidup