Stress Nak Pergi Kerja Cepat, Tiba-Tiba Zip Seluar Baju Buat Masalah, Inilah Cara Pantas Yang Boleh Anda Lakukan

Salam,

Apakah yang patut dibuat kalau zip seluar anda rosak? Kerosakannya pula bukanlah teruk sangat pun, cuma kekadang tuh zipnya tak leh nak tarik atau tolak.. zipnya tak selancar dulu.

Bayangkan pula kalau seluar tu jenis yang mahal, brand  ‘Levis’ dsb.nya. Dan seluar tu pulak memang seluar ‘favourite’ korang. Camna nak buat yer..?

Bagi orang yang banyak duit tu senang jer.  Buang seluar tu, beli yang lain.. hehe..

Bagi yang rajin sikit, dia akan usaha cari mana-mana kedai jahit yang boleh repair atau gantikan zip seluar tuh dengan yang baru. Tapi uol tahulah kan, seluar atau baju yang mahal-mahal nie.. zipnya pun special.. so kalau diganti dengan yang lain, ‘feel’nya pun dah rasa cam kureng sket.. betul tak…

Sebenarnya ada cara ‘simple’ untuk baiki zip yang tersekat. Tak kiralah apa jenis pun.. zip baju ke, zip kat seluar, zip kasut, zip almari, zip buku atau diari atau apa saja barang atau peralatan kat rumah yang pakai zip..  semuanya kira sesuai untuk digunakan petua ni kalau mengalami masalah tersekat.

Caranya ialah jeng..jeng..jeng.. senang jer.. taburkan bedak kat atas zip tu dan cuba gerakkan kembali zip tuh beberapa kali sehingga ia rasa lancar semula. Bedak yang ditabur tu bertindak seperti minyak pelincir. Kalau tak cukup lancar, tambahkan lagi bedak tu.. hehe..

Ada satu lagi petua untuk melancarkan zip tersekat nie. Cara kedua ialah dengan menggosok atau menenyeh lilin pada bahagian tepi kiri dan kanan zip tu. Gosok lilin perlahan-lahan terutama pada bahagian yang dirasakan tersangkut atau tersekat tu. Setelah itu gerakkan zip itu ke atas dan ke bawah beberapa kali sehinggala ia lancar semula.

(Visited 52 times, 1 visits today)