Suami Kalau Nak Isteri Rajin Berhias Kenalah ‘Sponsor’ Sikit

Suami janganlah berkira, bukan mahal mana pun alat solek isteri, kita juga akan dapat hasilnya..

Siapa sahaja tak suka isteri cantik dan lawa bukan? Namun, itu bukanlah sebab utama untuk anda berkahwin. Jika sudah berkahwin, isteri automatik akan menjadi cantik dan akan berhias diri hanya untuk anda.

Tapi, suami jangan nak sama kan artis dengan isteri anda, artis tu keluar modal beribu-ribu tiap bulan untuk kecantikan. Kalau nak isteri cantik, jangan kedekut dan berkira untuk isteri beli barang kecantikan.

ISTERI YANG GEMBIRA = KELUARGA YANG GEMBIRA

Terapkan ayat ini di dalam hati kita. Jagalah isteri anda sebaik mungkin, ambil tahu keperluan rohani si isteri. Terutamanya yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Anda sahaja tempat untuk isteri bergantung harap.

Pusing la macam mana pun, kita juga akan dapat hasilnya. Janganlah berkira, bukan mahal mana pun. Semuanya boleh tahan berbulan – bulan. Mulakan dari sekarang, tanya isteri. Tawarkan diri untuk beli alat solek untuk isteri. Bukan susah pun. Semuanya ada di lazada.

Keyword dia mudah. Bukan perlu beli semua, minta isteri beritahu yang mana dia betul – betul perlukan dahulu. Kemudian cuba beli yang lain pula bila ada kemampuan.

Kalau tak nak beli kat Lazada atau Shopee pun takpe, boleh juga tengok yang di Watsons (tengah offer) atau drugstore yang lain. Pastinya boleh belek sendiri untuk lebih yakin.

Semoga dengan penulisan ini dapat suami lebih menggembirakan isteri. Jangan segan untuk berkongsi post ini kerana semua suami wajib tahu kepentingan make up dan produk penjagaan muka isteri.

Untuk suami, mudah je. Ada sikat, gel rambut, deodorent dengan minyak wangi dah cukup hensem.

Artikel Berkaitan   Bantuan Persekolahan, Maksimum Rm 500 Satu Keluarga. Rugi Kalau Lepaskan & Ni Borangnya!

Sumber: FB Akhtar Syamir via https://www.pesonapengantin.my