Suspek Tembakan Rambang Masjid Christchurch Mengaku Salah Atas Semua Pertuduhan

Serangan yang melibatkan dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada Mac 2019 yang lalu telah menyebabkan 51 orang terkorban. Selepas setahun berlalu, suspek tersebut mengaku bersalah atas semua pertuduhan.

Lelaki berusia 29 tahun itu merupakan warga Australia mengaku bersalah cubaan membunuh mangsa yang terkorban. Sebelum ini, menurut BBC, suspek menafikan dakwaan tersebut dan bakal berdepan dengan perbicaraan pada Jun nanti.

Dalam tragedi berdarah pada 15 Mac yang lalu, suspek didakwa menggunakan senjata separa automatik untuk menembak jemaah yang berada di dalam sekitar masjid Al Noor serta masjid Linwood di New Zealand.

Lebih keji, perbuatannya itu turut disiarkan secara langsung melalui laman Facebook milik suspek.

Semasa sesi pendengaran khas tersebut, tiada orang awam dibenarkan masuk kecuali seorang wakil dari dua masjid tersebut untuk mewakili mangsa dan keluarga mereka.

Tragedi tersebut telah mengorbankan banyak nyawa termasuklah rakyat Malaysia. Ia berlaku sekitar awal mula solat Jumaat. Serangan ini juga telah mengejutkan seluruh penduduk dunia.

Selepas kejadian serangan tersebut, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern telah memperketatkan undang-undang terhadap pemilikan senjata api di negara tersebut.

Sumber: BBC