Tak Hancur & Lurus Elok,Tips Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup…

Rupanya ada tips goreng ikan keli supaya tidak meletup, tidak hancur dan lurus elok selepas digoreng. Kalau ikut tips ini, ikan juga tidak akan hanyir selepas siap digoreng.


Biasanya asyik beli saja kan sebab risau kalau goreng sendiri, ikan akan terpercik pada muka. Selepas ini tak perlu risau lagi, boleh cuba goreng sendiri di rumah menggunakan tips di bawah. Dijamin takkan takut dah!

Tips Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup

1. Basuh ikan dan rendam dengan tepung gandum. Cuci dan sental sehingga lendir pada ikan hilang. Jangan sampai hancur pula.

tips goreng ikan keli

2. Kemudian, gaul ikan keli dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung. Sukatan mengikut kuantiti ikan. Gaul sehingga rata.

3. Sementara itu, panaskan dahulu minyak. Bila dah panas, letakkan 2/3 potong halia (tak perlu buang kulit).

4. Goreng ikan keli sehingga masak dan garing.

tips goreng ikan keli

Resipi Ikan Keli Masak Serai

Bahan-bahan:

  • Halia*
  • Kunyit*
  • Serai*
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Lada besar*
  • Lada kecik*
  • Gula
  • Garam

Cara-cara:

  1. Kisar atau tumbuk bahan yang bertanda (*).
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi. Masukkan garam dan gula,
  3. Gaul sampai agak kering atau pecah minyak. Kemudian masukkan ikan yang digoreng tadi.
  4. Gaul rata, tutup api dan siap!

Kredit: Zur Ain Salim