Tak Semua Kejahatan Daripada Syaitan, Ini Beza Antara Nafsu Dan Bisikan Syaitan Yang Perlu Kita Tahu

Apa jua kejahatan yang ada di dunia ini, pasti kita akan mengambil kira tentang bisikan atau godaan syaitan sehingga berjaya memesongkan manusia daripada jalan yang benar. Tapi bagaimana pula dengan pengaruh hawa nafsu? Sedangkan ia sering kali disebutkan dalam Al-Quran mahupun hadis-hadis.

Para ilmuwan menyebutkan bahawa sebenarnya ada perbezaan antara bisikan nafsu dan bisikan syaitan. Menurut Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi, “Antara perbezaan godaan nafsu ialah ia amat kuat menarik ke arah kejahatan dengan hanya bersifat terarah dan terkhusus.”

Allah berfirman melalui Surah Yusuf, ayat ke 53 yang bermaksud:

“Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu”

Bahkan, Syeikh al-Sa’di menyebut bahawa nafsu akan terus mengajak manusia kepada kejahatan dan perbuatan keji serta perbuatan dosa yang lain. Nafsu ini juga menjadi tunggangan syaitan untuk menyesatkan manusia, dan melalui jalan nafsu juga syaitan akan masuk kecuali bagi sesiapa yang dirahmati oleh Allah SWT.

Jadi secara ringkasnya, hasutan nafsu itu lebih terarah pada satu-satu kejahatan. Hal ini kerana, setiap manusia pasti mempunyai titik kelemahan yang berbeza-beza.

Manakala sifat hasutan syaitan disebut sebagai tidak terarah pada satu-satu jenis kejahatan sahaja. Jika ia tidak berjaya menghasut dalam satu kejahatan, ia akan bertukar menghasut supaya melakukan kejahatan lain pula.

kredit zayan

Artikel Berkaitan   5 Jenis Pokok Yang Perlu Anda Tanam Untuk Ikhtiar Merawat Sihir Dan Jin