Tak Tau Nak Kesian Ke Nak Ketawa? Inilah Gambar Mimik Muka Yang Masuk Dalam Pertandingan Menampar Dunia, No 2 Paling Kesian.

Banyak sukan dan pertandingan diadakan sama ada pada peringkat kebangsaan mahupun peringkat dunia.

Namun tahukah anda, terdapat satu pertandingan yang pelik telah diadakan dan ia adalah pertama kali seumpamanya, iaitu Kejohanan Menampar Lelaki.

Kejohanan yang diadakan di Krasnoyarsk, Siberia ini adalah bersempena dengan festival Siberian Power Show yang diadakan pada bulan ini. Ia melibatkan dua orang yang berdiri menghadap antara satu sama lain dihadapan sebuah kotak sebagai pembahagi.

Mengikut giliran, masing-masing diberi peluang untuk menampar pihak lawan, sehingga ada yang menyerah diri.

Tahun ini, takhta juara menampar dimiliki oleh Vasiliy Kamotskiy yang berjaya membawa pulang sejumlah wang tunai bernilai €410 atau kira-kira RM 1,898.80! Wow!

Namun, pertandingan ini hanya terhad untuk penyertaan oleh peserta lelaki sahaja.

Sumber: Buzz.ie

Artikel Berkaitan   Mayat Terdampar Di Tepi Pantai Undang Tanda Tanya Masyarakat, Tubuh Hampir Reput Ditemui Tanpa Dokumen