Tanda terima kasih, lelaki ini belanja RM1000 kepada semua ‘rider’ Foodpanda

Pekerjaan sebagai penghantar makanan bukanlah suatu pekerjaan yang mudah, memandangkan mereka perlu menghantar makanan tepat pada masanya kepada pelanggan.


Malahan sejak kebelakangan ini juga, banyak kisah-kisah inspirasi tentang ‘Abang Penghantar Makanan’ telah tular di laman sosial.

Berikutan itu, seorang pengguna laman sosial Moshed Mohammad telah memuat naik satu video memberikan RM1,000 kepada penghantar makanan Foodpanda.

Belanja RM1K kepada rider!

Benda macam ni patut viral!
Muat naik daripadanya di laman YouTube telah mendapat perhatian ramai, yang memuji tindakannya itu. Menerusi video yang dimuat naik, ternyata ramai dalam kalangan mereka tidak sangka akan mendapat wang tunai tersebut.

View this post on Instagram

Ada sorang brader ni, siang kerja, malam pulak buat part-time Food Panda. Dah kahwin, anak 4 orang. Still hustle24hours cari rezeki. . Masa untuk family dan anak yang tengah membesar mesti kurang demi cari rezeki. . Tak merungut, tak complaint pasal hidup, duit tak cukup ke apa ke, dan sentiasa redha dan tawakal serta bersyukur atas rezeki yang dikurniakanNya. . Nampak happy saja siap boleh gelak-gelak lagi walaupun saya tanya pasal perjalanan beliau hustle24hours demi hidup. . Ya Allah, malu sungguh saya yang rasa sentiasa hustle dah ni dibandingkan dengan hardwork yang rider-rider Food Panda ni tunjukkan. . Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan sentiasa dipermudahkan urusan olehNya. . Apakah lagi alasan kita? . Full video boleh tonton di Youtube saya Moshed Mohamad, atau boleh klik link di bio profile. . #moshed #realhustlerentrepreneur #hustle24hours #intraday #mediacompany #foodpanda

A post shared by Moshed Mohamad (@moshed_mohamad) on

Sebelum ini juga, Mohsed Mohamad pernah membuat video memberi duit raya dengan nilai yang sama kepada semua pekerja KFC ketika malam raya.

Dia juga pernah belanja pembonceng motosikal mengisi minyak dan memberi duit raya kepada mereka ketika bulan Ramadan baru-baru ini.

Terbaik bro! Moga Allah berkati niat dan usaha ni!
Muat naiknya turut mendapat perhatian ramai yang memuji tindakannya.