Terlalu banyak minum bubble tea, boleh menjadi punca jerawat!

Kini, satu Malaysia tengah gilakan bubble tea. Pergi mana-mana sahaja, ada kedai menjual bubble tea. Xing Fu Tang, The Alley, Tiger Sugar, Tealive dan sebagainya.

Semua jenama minuman ini ibarat seperti berlumba-lumba antara satu sama lain untuk menjadi yang terbaik dan disukai ramai.

Tapi di sebalik itu, ramai yang tak sedar bahawa minuman bubble tea ini mengandungi bahan-bahan yang berupaya menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Antara bahan tersebut adalah produk tenusu, gula dan juga tapioca.

Nak tau apa penyebab yang sebenar? Sebelum korang dah tentu arah bangun pagi, tengok muka dah tumbuh jerawat.

Kulit tidak serasi dengan laktosa (lactose intolerance)
Bahan utama untuk segelas bubble tea adalah susu, tetapi ianya bukan penyebab utama tumbuhnya jerawat. Bukan bermakna apabila seseorang itu minum bubble tea, mukanya akan terus ditumbuhi jerawat cuma susu adalah penyumbang utama kepada penumbuhan jerawat.

Produk tenusu yang digunakan membantu dalam pertumbuhan hormon yang berlebihan dan mengakibatkan kulit mengeluarkan sebum dengan banyak.

Pesanan ringkas: Jika anda mendapati muka anda dijangkiti jerawat selepas minum bubble tea, seeloknya kurang kan pengambilan produk tenusu dan lihat perubahan yang akan berlaku.

Gula antara penyebab kulit mengeluarkan banyak minyak
Sama seperti susu, gula bukanlah penyebab secara terus yang akan menyebabkan tumbuhnya jerawat namun gula tinggi dalam indeks glisemik.

Kadar tinggi tersebut akan menyebabkan peningkatan bagi tahap insulin dalam badan anda dan meningkatkan pengeluaran minyak di permukaan kulit.

Apa yang paling mengejutkan, pengambilan gula yang banyak akan memecahkan kolagen dan juga elastin yang terdapat pada wajah dan seterusnya mempercepatkan penuaan.

Pesanan ringkas: Jika anda memang teringin untuk minum bubble tea, and boleh minta untuk option tiada gula atau kurangkan gula.

Bubble pon terlibat sama ke?
Ketulan bubble yang terdapat dalam minuman bubble tea biasanya diperbuat daripada esktrak tapioca.

Nampak ringkas, namun sebenarnya ia penuh dengan karbohidrat dan apa yang lebih teruk apabila ianya direbus dalam air gula. Pengambilannya yang banyak akan menyebabkan penumbuhan jerawat.

Pengambilan bubble yang banyak akan terjadinya peningkatan dalam insulin yang boleh menyebabkan liang pori muka tersumbat. Jadi fikir-fikirkanlah sebelum anda menjadi ‘addict’ dengan minuman ini. Banyak buruk dari baiknya. Minum secara besederhana.