Tidak Sangka Terjadi, Wanita Ini Terkejut Ada Kelibat Arwah Bapa Sedang Cium Anak Masa Ujian Ultrasound

Seorang wanita terkejut selepas mendapati ujian ultrasound yang dilakukan menunjukkan kelibat arwah bapa sedang mencium anaknya dalam kandungan.

Shantel Carrillo, dari San Diego telah menunjukkan imej tersebut sehingga menjadi tular dilaman sosial sejak minggu ini.

Carrillo yang menjalani ujian ultrasound bagi melihat keadaan anaknya yang menjangkau usia 5 bulan terkejut selepas mendapat terdapat wajah seseorang pada imej pengimbas. Beliau percaya, imej tersebut adalah arwah bapanya kerana ia seakan-akan sama dengan foto lama keluarga mereka.

“Ia (imej lelaki) mempunyai hidung, pipi dan double chin, bapa juga suka pakai topi seperti dalam imej itu setiao masa. Nampak seperti bibirnya sedang mencium bayi dalam perut dengan cukup sempurna”, kata Carillo yang telah kehilangan bapanya sejak tahun 2016 lagi.

Carillo dijangka melahirkan anak pada April, beberapa hari sebelum hari lahir arwah bapanya itu.

Sumber: Fox

Artikel Berkaitan   Ebit Lew Tidak Teruskan Sumbangan Ke Pulau-Pulau Semporna Gara-Gara Akan Didenda RM100 Ribu Dan 3 Tahun Penjara