Time Sakit Tak Nak Jaga Ibu Bapa, Masa Dah Tiada Datang Menuntut Pula. Deep Perkongsian Ini

Ibu bapa ialah orang yang memelihara kita sejak kecil sehingga kini. Kita perlu menghormati mereka kerana merekalah tempat kita bergantung harapan semasa kecil. Adalah menjadi tangungjawab kita untuk membahagiakan ibu bapa walaupun ibu bapa uzur. Malah ketika ibu ayah sakit atau uzur anaklah yang harus menguruskan semua bukannya berebutkan harta benda semata. Jom semak perkongsian Firdaus Shakirin ini. Moga bermanfaat bersama.

Pesan kat adik-beradik. Bila dah besar, dah ada keje, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri…beli rumah, beli tanah, beli aset. Bagi ada harta dgn nama sendiri. Jgn direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nnt…jgn disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka.


Tak guna. Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nnt bahagian kita lebih dr adik beradik yg lain ke, jgn pikir, jgn berharap…jgn letak target yg kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak sawah…Jangan…

Sebab nnt bila xdpt, kita mula la nk marah, nk bergaduh dan nak menuntut…walhal ketika “harta” tu ada, bukan kita yg jaga, bukan kita yg usahakan, bukan kita yg berbakti…tup2 bila harta tu dh tiada pemiliknya, kita nak sgt2 “hak” kita

Hak apa yg kita nak? Hak apa yg kita tuntut? Kita berhak ke?Usaha sendiri utk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita2 kita…yg lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa2 dr mereka…

Ini tak, kita buat mereka seperti bola…sekejap pass sana, sekejap pass sini…Kita sebagai anak yg perlu bagi “sesuatu” kpd org tua kita dan bukannya menunggu dan berebut “sesuatu” hasil penat lelah mereka…

Artikel Berkaitan   Kita Stuck Dalam Sistem, Boleh Tak Hentikan Kitaran Ni? Anak Kecil-Kecil Lagi Sudah Diberi Tekanan

Kalaulah kita berebut menjaga org tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung org tua kita kan…tapi byk yg jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yg bernama “harta pusaka”…Time sakit xnak jaga, time dah tiada datang menuntut pula.Moga kita menjadi anak yang membahagiakan ibu bapa.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: