Tips Nak Hapuskan Bau Hapak Dalam Peti Ais Dan Kekal Wangi Dalam Tempoh Yang Panjang

Peti ais atau peti sejuk menjadi tempat simpanan pelbagai jenis bahan mentah. Kekadang ada benda-benda yang tersimpan hingga berkurun-kurun! Hatta, baunya mak aii…!  Ini petua untuk menghilangkan bau yang kurang dalam peti sejuk.


  1.   Letakkan seketul arang di dalam peti sejuk anda.  Arang tadi akan menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti sejuk tersebut.
  2.  Keluarkan semua barang di dalam dan bersihkan peti ais terlebih dahulu. Selesai membersih, tuang sedikit esen vanilla pada sehelai kain bersih dan sapukan ke seluruh bahagian di dalam peti sejuk.  Kemudian tutup pintunya selama sejam, dan kemudian barulah dimasukkan kembali barang-barang.  Hasilnya peti ais anda akan berbau vanilla yang segar.
  3.  Satu lagi petua yang mudah.  Masukkan tiga keping roti di dalam peti sejuk.  Biarkan selama beberapa hari hingga roti itu kering sebelum ditukar dengan roti baru.  Roti akan menyerap segala bau dalam peti sejuk.