
Sesapa yang pernah beli kuali baru tentu alami pengalaman ini.
Selalu-selalunya lah pabila kita guna kuali baru akan ada bahan masakan yang melekat sewaktu menggoreng.
Apabila ianya sudah melekat memang susah hendak dibersihkan.
Tak mustahil tapi susah. Bak perenggan dalam citer P. Ramlee hidup susah, mati pon susah.
Mengkalau nak lebih senang cuba lah gunakan tips ini.
Untuk pertama kali menggunakan kuali tu sebelum masak lakukan sepertimana petua berikut.
Masukkan air ke dalam kuali dan campurkan sedikit cuka.
Kemudian masak dengan menggunakan api yang perlahan sampai air yang kat dalam kuali tu mendidih.
Tutup api dan biarkan ia sejuk dengan sendiri.
Biar kuali tu sorang-sorang kat situ. Jangan ditemani.
Apabila dirasakan sudah menyejuk ia maka basuh lah kuali tu sepertimana kebiasaan.
Selepas selesai semuanya maka boleh lah digunakan kuali tu.
In sha Allah, petua atau kaedah yang diamalkan ini walaupun dibuat sekali jer membolehkan bahan masakan yang digoreng tak mudah melekat lagi pada kuali.
Maka senang lah nak mencucinya kelak.