Bekas Wartawan Berhenti Kerja Gara-Gara Nak Tanam Pokok Vanilla. Rupanya Potensi Sangat Luar Biasa

VANILLA (Vanilla fragrans) ialah sejenis tumbuhan dari keluarga Orchidaceae yang dipercayai berasal dari Amerika Tengah, Mexico dan kawasan Tropika lain di Asia.

Negara jiran kita  iaitu Indonesia adalah pengeluar terbesar Vanilla di dunia. Di Malaysia, tanaman Vanilla ini amat jarang kita dengar, malah di tempat kelahiran saya, Sabah juga belum ada pekebun yang menanam tanaman ini.

Seorang pengusaha tanaman Vanilla, Mohamad Feisal Mohamad Norawi yang juga seorang bekas wartawan kini beralih kepada tanaman Vanilla kerana beliau mendapati produk ini boleh menjana pulangan lumayan.

Katanya harga sekilogram minyak Vanilla mencecah RM2,000, antara pembeli produk Vanilla beliau ialah dari luar negara termasuk Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia dan Jerman, menurut laporan Utusan.

Vanilla banyak digunakan dalam produk kosmetik, makanan dan juga dalam bidang perubatan. Ice cram perisa vanilla antara pencuci mulut kegemaran saya.

Secara purata, Zamrus Zakaria kongsikan anggaran pendapatan untuk tanaman Vanilla dalam 1 hekar/ekar.

Tanaman

  1. 2000 pokok vanilla boleh ditanam setiap 1 hektar (2.5 ekar) atau 800 pokok vanilla satu ekar.

Produktiviti

  1. Setiap pokok vanilla yg sihat, subur boleh hasilkan 50 – 100 kacang vanilla setahun (40,000 – 80,000 kacang satu ekar/setahun)
  2. 1kg = 250 kekacang vanilla.
  3. 1 ekar = 160kg – 320kg setahun (RM320k – RM640k setahun jika harga RM2,000/kg)

atau

13.33kg – 26.67kg sebulan setiap ekar (RM26,666 – RM53,333 sebulan jika harga RM2,000/kg)

  1. Harga
  2. Harga pengguna (gred A) : USD$800/kg atau USD$3/satu kacang (pjg secara kasar 14cm)

Jika negara jiran kita boleh menjana pendapatan lumayan dari pokok Vanilla, kenapa Malaysia tidak boleh? saya rasa tanaman ini amat berpotensi tinggi jika di tanam di Malaysia seperti durian Musang King.

Artikel Berkaitan   Kenali Gred A, B, & C Durian Musang King Supaya Tidak Tertipu Dengan Harga Yang Mahal

Kepada anda yang berminat nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi Mohd Feisal yang beralamat di Lot 2231 kg bangau parit, Temerloh atau menghubungi talian di 018-913 2774 , Page fb Vanilla Temerloh.

Sekian saja artikel ringkas saya pada tengahari ini.

Sumber: Amin Agro