[VIDEO] 13 Tahun Menanti Anak, Macam-Macam Ikhtiar Sudah Habis Buat, Akhirnya Wanita Ini Menangis Tidak Henti-Henti Bersyukur

Anak merupakan anugerah paling di nanti setiap pasangan yag sudah berumah tangga. Sudah pasti keluarga yang dibina akan semakin lengkap dengan kehadiran cahaya mata kerana dapat menceriakan suasana.


Namun begitu, sudah tentu ada pasangan yang menunggu lama untuk mendapatkan zuriat tetapi belum mempunyai rezeki memperolehinya.

Reaksi wanita undang sebak

Menerusi satu perkongsian daripada seorang doktor perubatan di Instagramnya, dia telah memuat naik reaksi gembira seorang wanita yang juga pesakitnya mengenai berita kehamilan selepas 13 tahun menunggu untuk mempunyai anak.

Menurut Dr. Thokha Muhammad, wanita tersebut telah berjaya hamil selepas 13 tahun menunggu. Tambahnya, dia telah mengetahui berita kehamilan wanita itu sejak pagi lagi, namun sengaja merahsiakan perkara tersebut dan membuat kejutan kepadanya.

Ternyata dia begitu terharu dengan apa yang berlaku sehingga menitiskan air mata di hadapan doktor.

Situasi yang sama

Selain itu, menerusi Instagram Dr. Thokha juga, satu lagi pasangan juga dilihat menitiskan air mata ketika menerima berita yang sama berkaitan kehamilan selepas bertahun-tahun menantikan zuriat sendiri.

Ulang 3 kali pun tetap menangis

Reaksi yang terlihat menerusi posting-posting tersebut begitu menyentuh hati setiap warganet yang mengikuti Instagram Dr. Thokha itu.

Mereka juga sempat menurunkan komen diruangan tersebut dengan mengucapkan tahniah serta menzahirkan rasa terharu dan sebak melihat penerimaan gembira mereka apabila dinyatakan sedang berbadan dua.

Sumber : Dr. Thokha

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!