Video Kucing Alami “Brain Freeze” Lepas Makan Aiskrim, Netizen Tak Pasti Nak Gelak Atau Simpati

Sebuah video yang telah banyak kali dikongsikan di media sosial sejak kebelakangan ini menunjukkan seekor kucing putih yang gebu menghidu aiskrim di dalam sudu. Dia kelihatan ragu-ragu, tetapi tetap ingin merasa makanan yang ditawarkan pemiliknya itu.

Apabila aiskrim itu mengenai mulutnya, matanya terbeliak dan mulutnya terbuka kerana rasa aiskrim itu yang sejuk. Kucing itu menggelengkan kepalanya dari sisi ke sisi sebelum terduduk di kerusi.

Walaupun adegan itu lucu untuk ditonton dan tindakan memberi aiskrim kepada kucing bukanlah sesuatu yang memudaratkan bagi penonton kasual, ia menimbulkan perdebatan hangat di ruangan komen.

Rata-ratanya terhibur melihat ekspresi dramatik kucing itu, tetapi ada juga yang mengatakan bahawa perbuatan itu adalah kekejaman haiwan.

“Korang memang teruk sebab anggap benda ni lucu…”

“Kesian dengan kucing tu…”

“Tiada penderaan pun…”

“Kucing kami akan buat apa saja untuk jilat bekas aiskrim…”

Walaupun begitu, menurut Washington Post, pakar mempunyai pendapat berbeza tentang sama ada baik atau tidak untuk memberikan ais krim kepada kucing.

Doktor haiwan Amy Cousino contohnya tidak begitu bersetuju dengan tindakan pemilik haiwan dalam memberikan kucing mereka makan aiskrim kerana ia boleh menyebabkan brain freeze atau pembekuan otak, kerana menurutnya, kucing mempunyai saluran saraf yang sangat serupadengan manusia.

Sementara itu, Eric Doughtery yang merupakan seorang pengarah doktor haiwan dan perubatan untuk The Cat Practice di New York pula tidak percaya pada kesan buruk aiskrim terhadap kucing.

kredit HCL

Artikel Berkaitan   6 Remaja Ditahan Ingkar Arahan PKP, Alasan Nak Sambut Birthday Kawan