‘Wahai Lelaki, Tolonglah Jangan Pakai Tshirt Atau Jersi Bila Pergi Majlis. Biadap Tahu Tak?’

Lelaki oh lelaki… Bila bercakap soal fesyen, lelaki memang jenis suka pakaian yang simple, kasual, dan senang. Berbeza sikit dengan kaum hawa yang begitu particular dan teliti tentang fesyen.

Setiap hari, perempuan mesti akan fikir nak pakai baju apa, nak pakai colour apa, nak match-kan dengan apa, nak make up macam mana, nak bawa handbag yang mana, nak pakai kasut apa, style tudung macam mana, rambut nak ikat ke tak, dan macam-macam lagi. Banyak betul benda yang bermain di fikiran kaum wanita.

Kalau lelaki pulak, asalkan ada baju dan seluar, sarung terus, dan siap! Tak payah pening-pening kepala nak fikir macam-macam. Janji pakai baju. Lol.

Tapi masalahnya… Bila dah terlalu biasa dengan sikap “asalkan pakai baju”, lelaki akan jadi tak kisah tentang dress code atau etika pemakaian, terutamanya bila pergi majlis. Hari-hari pakai tshirt, hari-hari pakai jersi, hari-hari pakai jeans, hari-hari pakai selipar, hari-hari pakai seluar pendek, hari-hari selekeh dan tak kemas, sampai pergi majlis pun tak reti nak pakai elok-elok.

Paling mudah dan paling common yang kita selalu pergi tentunya majlis perkahwinan. Boleh kata hampir setiap minggu mesti dapat jemputan ke majlis walimatulurus pasangan pengantin baru. Tak kiralah sama ada majlis kahwin kawan baik ke, majlis kahwin kawan sekolah rendah ke, majlis kahwin ex ke, majlis kahwin saudara mara ke, atau siapa-siapa kahwin sekali pun, inilah majlis yang paling biasa kita datang.

Dan dalam setiap majlis pun, mesti akan ada orang yang boleh buat kita sakit mata bila melihat. Saya tak pasti dengan korang semua. Tapi saya memang suka perhati cara pemakaian kaum lelaki bila di sesuatu majlis. Pada saya, kalau nak datang ke mana-mana majlis, lelaki mahupun perempuan kenalah ada etika dan cara pemakaian yang betul.

Malangnya, ramai yang tak kisah pasal ni. Perempuan tak ada masalah sangat. Yang masalah sekarang ini ialah kaum Adam. Macam saya cakap tadi, perempuan memang sangat teliti dari segi pemakaian. Bila pergi bersukan, mereka akan pakai baju sukan. Bila pergi kelas, mereka akan pakai pakaian yang sesuai untuk dibawa ke kelas. Bila pergi majlis pulak, pastinya kaum perempuan akan melaram sakan.

Namun lelaki… Pergi bersukan pakai jersi atau tshirt, pergi shopping mall pakai jersi atau tshirt, pergi kelas pun pakai jersi atau tshirt, pergi sana sini semua pakai jersi atau tshirt, termasuklah pergi ke majlis. Perasan tak? Seolah-olah lelaki macam dah tak ada baju lain nak pakai. Pergi majlis pun nak pakai jersi atau tshirt bulat tak ada kolar ke bang? Seriously?