Wanita Ini Kongsi Tips Buat Detox Kempiskan Perut, Hanya Guna 3 Bahan Murah Yang Ada Di Dapur Kita

Detox merupakan salah satu jenis perawatan kecantikan untuk kulit dan wajah yang rajin dilakukan oleh dengan cara membuang toksin dalam badan.

Caranya dengan membersihkan usus  yang mana segala toksin, lemak dan sebagainya yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui proses pembuangan air besar.

Bagi anda yang ingin melakukan proses detox ini, bolehlah mencuba petua yang dikongsikan oleh AmiEra Farhann Johan.

Beliau mengamalkan minuman detox dengan menggunakan 3 bahan yang cukup mudah yang ada di dapur anda.

Kita hari-hari pun makan macam-macam. Jangan lupa untuk detox badan kita.. saya percaya bila kita detox badan akan lebih sihat dan bertenaga. 

Ni cara mudah saya detox badan. Hampir seminggu dah amalkan rasa ringan badan, perut pun dah kempis sikit sebab saya bersalin secara pembedahan, susah nak kempis sebelum ni. Angin habis keluar, bila sendawa dan kentut rasa lega sangat.. tak ada la nak berangin je  tak tentu pasal.

Bahan-bahan

-green tea cap boh 1 uncang
-halba 1 sudu besar

-halia suka hati nak letak banyak mana ( lagi banyak lagi bgus)
-air kosong 2 cawan

Note: untuk kaum hawa kalau nak tambah manjakani/kunyit pun boleh. Tapi kunyit tu tak boleh minum hari-hari tau. 1-2 kali seminggu tu sudah memadai. Suka wangi letak serai sebatang dua. 

Cara-caranya:

  • Rebus semua bahan sampai mendidih. Tunggu agak-agak dah suam-suam kuku bolehlah minum. Nak tambah madu sikit pun ok. Bagus amalkan time perut kosong. Sebelum makan la ye.
  • Detox ni lelaki perempuan boleh je amalkan. Selain boleh detox badan, boleh keluarkan dan bantu turunkan berat badan. Yang penting konsisten. Tengah nasihatkan diri sendiri sebenarnya nih. Doakan saya pun mampu konsisten eh!

Yang nak cuba tu saya ucapkan selamat mencuba !

Sumber: Petua Ibu

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

(Visited 688 times, 1 visits today)