10 Tahun Menderita Resdung, Lelaki Rawat Secara Semulajadi Dengan Pokok Kecubung (Datura Metel)

Pokok kecubung atau nama saintifiknya Datura Metel (Linn) merupakan sejenis tumbuhan liar yang beracun dan mempunyai bunga yang cantik.

Pokok ini mengandungi sebatian alkaloid beladona yang beracun dan boleh memabukkan seseorang ibarat orang sakit mental yang tidak ingat apa-apa.

Orang zaman dahulu menggunakan biji kecubung yang telah dikeringkan dan ditumbuk hingga hancur sebagai ‘pelali’ atau ‘memukau’ untuk tujuan jahat.

Ia dicampurkan pada minuman atau diasapkan dengan kayu gaharu. Sesiapa yang tercium asapnya akan menjadi khayal atau pengsan selama beberapa ketika.

Daun kecubung juga boleh membuatkan seseorang tertidur dengan cepat dengan mengosok daunnya lalu dicium atau letak dibawah bantal.

Cara menghilangkan mabuk kecubung dengan cepat ialah dengan memakan gula merah sebanyak mungkin atau meminum air kelapa hijau.

MANFAAT POKOK KECUBUNG DALAM BIDANG PERUBATAN

Dalam perubatan herbologi cina yang dipanggil “Jin Hua”, pokok kecubung digunakan secara meluas untuk merawat banyak penyakit.

Dalam masyarakat Melayu pula, daun kecubung digunakan untuk merawat penyakit kulit, sakit pinggang, sakit sendi, terseliuh dan bisul.

Caranya ambil beberapa helai daun pokok kecubung dan layurkan atas api beberapa minit sehingga timbul bintik-bintik air pada daun tersebut, bila dah sejuk, tampal pada tempat yang sakit.

Untuk rawatan selesama, bunga kecubung dijadikan seperti tembakau, dengan menghisap hingga mengeluarkan asap dihidung. Kesannya lendir akan keluar dari hidung berketul-ketul.

Untuk hilangkan bentan pada buah zakar bayi, ambil daun kecubung yang disapu minyak kelapa lalu layuhkan atas api, apabila sejuk balut buah zakar selama beberapa ketika.

Untuk rawatan asma dan resdung, ambil 10 helai daun kecubung lalu dihiris halus dan dijemur hingga kering. Ia kemudiannya dijadikan ‘rokok’ yang dibungkus dengan kulit jagung atau kertas putih.

Semoga bermanfaat buat semua pembaca blog PSP, jangan lupa like, share dan follow page dan fb saya Donny ien untuk dapatkan banyak lagi petua bermanfaat.