“Siapa yang nak sekolah ni?” – Viral Gambar Pelajar Sekolah ‘Terpaksa’ Mengalah Bila Parents Sapu Semua Tempat Duduk

Musim persekolahan bagi pelajar sekolah telah bermula di seluruh Malaysia. Setiap tahun ada sahaja adegan menarik yang ditonjolkan khususnya oleh murid-murid yang baharu daftar masuk ke sekolah.

Namun begitu, tular di laman Facebook mengenai gambar ibu bapa yang duduk di kantin semasa murid-murid sedang berehat.

Tahikah anda.? Mak bapak lahanat duduk kat kantin mcm ular sawa. Budak2 sekolah terpaksa makan kat bangku luar. Kesian…

Posted by Sultan Melaka on Wednesday, 1 January 2020

Gambar yang viral di Facebook itu menunjukkan murid-murid sekolah rendah terpaksa duduk bersepah di mana sahaja kerana kerusi di kantin telah di monopoli oleh ibu bapa yang hadir.

Namun begitu, bukannya semua kerusi di kantin tersebut di duduki oleh ibu bapa, tapi hanya segelintir ibu bapa sahaja yang berdegil tidak memberikan tempat duduk tersebut kepada murid yang lebih memerlukan.

Murid-murid yang berada dalam gambar tersebut berkemungkinan murid darjah 1 dan baru sahaja pertama kali masuk ke alam persekolahan.

Disebabkan itu, ada ibu bapa yang masih teruja untuk menemai anak mereka sehinggalah menjelang waktu rehat.

Ramai juga netizen yang mengeluarkan pendapat bahawa ibu bapa yang hadir bagi melihat anak mereka di sekolah sepatutnya tidak mementingkan diri sendiri apabila tiba waktu rehat untuk murid sekolah.

Bagi admin, tak salah untuk ibu bapa nak awasi tingkah laku anak-anak di hari pertama persekolahan mereka, tapi ibu bapa juga perlu bertolak ansur dan kena faham bahawa, semasa waktu rehat, kerusi meja di kantin tu perlu digunakan oleh murid-murid sekolah. Nanti bila diaorang dah masuk dalam kelas semula, parents nak duduk lama-lama, duduk jela.

Artikel Berkaitan   Petua hilangkan batuk dengan mudah.