10 Tips Menghadapi Suami Curang

Apabila suami curang, kita akan salahkan perempuan itu. Pernahkah kita lihat kelemahan dan kekurangan kita?


Hati ingin memberontak, memukul dan memaki, namun janganlah bersikap biadap dan derhaka pada suami kerana kelemahan ini yang mendekatkanya pada wanita simpanannya itu.

JADI, APAKAH TIPS MENGHADAPI SUAMI CURANG?

  1. BINCANG DARI HATI KE HATI

Lembutkan hati, beri ruang untuk suami berfikir dan menilai semuanya selepas berbincang.

  1. JANGAN MEMAKSA

Jangan sesekali memaksa suami mengaku kerana ia makin memudaratkan keadaan. Memang pahit tetapi inilah lumrah kehidupanku kerana yang sabar itu akan menang walaupun mengambil masa lama.

  1. JANGAN SIMPAN DENDAM

Apatah lagi menggunakan syirik dan khurafat untuk kembalikan suami ke pangkuan. Ini hanya akan menimbulkan kebencian suami jika diketahuinya.

Kita harus berdoa dan berubah demi suami dan anak-anak kita. Sekurang-kurangnya suami sedar betapa beruntungnya mempunyai isteri, kesedaran itu penting daripada tindakan ugutan penuh emosi.

  1. JANGAN PROVOKEDAN HINA SUAMI

Saya percaya memiliki suami bukan untuk menguasainya tetapi menjadi isteri yang dimilikinya dan berkongsi. Jangan menghina suami walaupun kesalahannya begitu besar. Belajarlah memaafkan dan beri peluang agar suami berubah. Ubahlah diri demi suami.

  1. KENAL-KENAL DENGAN PEREMPUAN KESUKAAN SUAMI

Apapun kenali perempuan kesukaannya itu, cari dan ambil tahu apa yang suami suka tentangnya. Isteri lebih memahami suami sendiri, lakukan yang lebih baik daripada perempuan itu.

  1. JANGAN SERANG ORANG KETIGA

Kalau kita serang perempuan itu, ini akan menimbulkan dendam yang akan menghancurkan rumahtangga. Selesaikan dengan baik, buang segala ego dan kemarahan, In Shaa Allah segalanya akan kembali kepada kita.

  1. KUATKAN MENTAL DAN FIZIKAL

Jangan asyik mahu berendam dengan air mata. Bila air mata kering, mahu tunggu keluar darah pula?

Bangkitlah, buat apa mahu sedih-sedih. Bila otak penat, badan juga jadi lemah. Jalani kehidupan seperti biasa.

  1. LUANGKAN MASA YANG LEBIH DENGAN ANAK-ANAK

Mungkin sebelum ini, kita tidak banyak luangkan masa dengan anak-anak. Anak-anak itu adalah penawar di kala sedih. Jangan asyik fikirkan tentang kecurangan suami.

Tataplah muka anak, lihatlah betapa sucinya mereka. Dialah penawar segalanya.

  1. SEMAK HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH

Adakah solat cukup 5 waktu? Bilakah kali terakhir membaca Al-Quran di rumah? Bilakah kali terakhir solat berimamkan suami? Berdoalah selalu untuk kebahagiaan rumahtangga.

  1. BERPISAH CARA BAIK

Jika masih lagi tidak boleh bertahan, berpisahlah cara baik. Kalau dia datang pada kita cara baik, biarlah perpisahan itu dengan cara yang baik. Takut akan melukakan kedua-dua belah keluarga.

AKHIR KATA

Ini hanya nasihat, hasil dari kutipan dan panduan ramai yang berpengalaman menghadapi suami curang. Bagaimana dengan anda? Kalau suami curang, mahu buat apa?