16 Individu Bersalah Membakar Mayat Seorang Gadis Hidup-Hidup Dan Cuba Hilangkan Bukti, Paling Menyedihkan Dalangnya Adalah Pengetua Pondok

DHAKA – Sebuah mahkamah di Bangladesh menjatuhkan hukuman mati ke atas 16 individu selepas didapati bersalah dalam kes kematian seorang remaja perempuan yang dibakar hidup-hidup April lalu.


Pengetua sebuah sekolah pondok, SM Siraj Ud Doula yang bertanggungjawab mengatur serangan itu adalah antara mereka yang dihukum mati.

Hakim Tribunal Wanita dan Pencegahan Penindasan Kanak-Kanak di bandar Feni, Mamunur Rashid menjatuhkan hukuman terbabit hari ini, hampir tujuh bulan selepas kejadian itu berlaku.

Nusrat Jahan Rafi, 18, pelajar di Sonagazi Islamia Fazil Madrasa dibakar hidup-hidup pada 6 April lalu selepas mengadakan bantahan terhadap penderaan seksual oleh Ud Doula.

Kematian Rafi empat hari kemudian menggemparkan negara dan mencetuskan protes terhadap penindasan wanita dan kanak-kanak perempuan. – Agensi