Kisah Sebuah Pulau Di Melaka Yang Didiami Oleh Oleh Sering Berinteraksi Dengan Manusia

Namun, percayakah anda terhadap bunian?

Menurut kepercayaan Islam, bunian bukan merupakan sebahagian daripada golongan manusia.

Sementara itu, menurut legenda Eropah pula, makhluk ini dikatakan memiliki fisik yang menyerupai orang kerdil, seperti mana yang digambarkan oleh J.R.R. Tolkien dalam hasil karya beliau iaitu The Lord of the Rings, The Hobbit dan The Silmarillion.

Biarpun perbezaan tersebut, namun terdapat persamaan antara golongan manusia dan bunian, yang mana kedua-dua ini diciptakan berkeluarga, makan, minum dan tidur seperti manusia.

Berikutan itu, salah satu akhbar tempatan pernah menyingkap kisah mengenai kewujudan Pulau Konet yang terletak di Melaka, yang mana ia dikatakan dihuni oleh kumpulan bunian sejak puluhan tahun dahulu.

Menurut salah seorang penduduk setempat, Mohd Lassim, kisah mengenai bunian itu telah diceritakan dari generasi ke generasi yang mana dahulunya, makhluk tersebut dapat dilihat dalam dunia nyata.

Lebih mengejutkan, difahamkan bahawa ia bukanlah merupakan satu perkara aneh buat penduduk setempat pada generasi dahulu apabila mereka berinteraksi dengan makhluk itu.

“Datuk dan nenek moyang kita pernah membuat perjanjian dengan penghulu orang bunian di Pulau Konet ini. Orang bunian akan meminjamkan pinggan mangkuk kepada orang kampung untuk majlis itu dan syaratnya, pinggan mangkuk ini perlu dipulangkan apabila majlis selesai.

“Namun, ada segelintir penduduk kampung yang tidak memulangkan pinggan mangkuk yang dipinjam, selain merosakkannya menyebabkan orang bunian berkenaan menghilangkan diri dan enggan bekerjasama lagi dengan mereka dan dengan itu juga, perjanjian itu turut terbatal,” cerita Mohd Lassim.

Tambahnya lagi, dia menggambarkan set pinggan mangkuk tersebut tebal dan berwarna putih, selain memiliki corak bunga tiga di setiap penjuru.

Artikel Berkaitan   Pakai Earphone Dalam Tempoh Yang Lama, Gadis Tak Sangka Jadi Pekak Di Usia Muda

Sementara itu, cawannya pula dikatakan menyerupai cawan yang digunakan di kebanyakan restoran lama Cina pada zaman moden.

“Pada zaman serba moden ini, segala peralatan orang bunian sukar ditemui, melainkan jika ada nenek moyang dulu yang meninggalkannya kepada generasi mereka.

Kongsi Mohd Lasim lagi, jika hendak diikutkan cerita-cerita daripada generasi terdahulu, kehidupan orang bunian dikatakan tidak mempunyai begitu banyak beza dengan manusia.

Namun yang pasti, mereka mempunyai kuasa ajaib selain tidak dapat dilihat manusia.

Tambahnya, jikalau manusia itu dapat mengenakan pakaian yang berbeza-beza warna antara satu sama lain, lain pula dengan orang bunian yang mana mereka dikatakan hanya mengenakan pakaian yang hanya berwarna putih, tanpa mengira jantina, biarpun fesyennya berbeza-beza.

Dalam pada itu, Mohd Lassim turut mendedahkan bahawa dia pernah mempunyai pengalaman berinteraksi sendiri dengan orang bunian di Pulau Konet itu.

Menurutnya, ia terjadi pada beberapa tahun dahulu sekitar bulan Ramadan yang mana ketika itu, hangat diperkatakan mengenai kejadian perahu nelayan setempat yang dicuri.

Ketika itu, dia didatangi seorang lelaki orang bunian yang digambarkan sebagai tegap, tinggi, berkulit putih dan mempunyai keris pada pakaiannya.

“Dia memberi salam dengan memperkenalkan diri sebagai Bentara Sulung Bakhtiar. Pada waktu itu, saya pun antara sedar dan tidak kerana tidak dapat melihatnya.

“Lelaki itu memanggil saya Tok Penggawa dan beliau bertanya, kenapa saya tidak meminta bantuan daripada anak buah saya. Saya terpinga-pinga, siapakah anak buah saya yang dimaksudkan dan Bentara Sulung itu memberitahu ada penduduk kampung saya berkahwin dengan anak buahnya.

“Sejak pertemuan itu, saya mencari anak muda kampung yang dimaksudkan sehinggalah mengetahui kisah sebenar hubungannya dengan orang bunian. Pemuda kampung itu memaklumkan siapa individu yang kerap mencuri perahu nelayan terbabit dan akhirnya, pencuri itu ditahan pihak berkuasa,” ujarnya.

Artikel Berkaitan   Wanita Muslim Melayu Hina Nabi Muhammad SAW Dijatuhkan Hukuman, Peguam Rayu Gara-Gara Hadapi Kemurungan

Sehubungan dengan itu, Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani turut mengakui mengenai kewujudan orang bunian di pulau tersebut.

Jelasnya, orang bunian adalah alim. Lantaran itu, kerajaan negeri terbabit berkeputusan mengeluarkan arahan larangan berkenaan sebarang kelakuan tidak senonoh di kawasan pulau tersebut berserta kawasan darat sekitarnya.

“Orang bunian ini sangat alam dan menjadi satu kemestian untuk melihat pulau berkenaan terus dipelihara semua pihak.

“JAIM melakukan pemantauan dari semasa ke semasa di pulau itu, dengan dibantu pemimpin masyarakat setempat bagi memastikan tiada pihak yang berkelakuan tidak senonoh di pulau ini.”

kredit syok