4 Jenis Teh Yang Boleh Anda Amalkan Sekiranya Anda Serius Untuk Kurus Dalam 2 Minggu

 

FacebookTwitterEmailMore


Bagi mereka yang berazam untuk kurus, macam mana dengan progress korang setakat ini? Masih berjalan lancar atau dah kecundang di tengah jalan? Hiks!

Rileks gais, janganlah putus asa. Sebenarnya banyak lagi ikhtiar yang boleh kurang buat, selain daripada mengamalkan diet dan workout yang sesuai.

Amalan minum teh juga amat digalakkan lebih-lebih jika korang memang dalam proses menurunkan berat badan. Percaya atau tidak, teh mempunyai banyak khasiat berbanding kopi.

Jadi, kalau sebelum ni korang merupakan peminat minuman kafein, rasanya dah boleh beralih untuk cuba mengamalkan minum teh pula.

Ada 4 jenis teh yang sangat berkesan untuk menurunkan berat badan boleh korang cuba dan antaranya adalah seperti berikut:

1. Teh hijau

Rasanya ramai yang dah sedia maklum bahawa teh hijau sangat baik untuk membantu menurunkan berat badan. Ia bukan saja berkesan untuk kurus, malah juga baik untuk menstabilkan hormon dan mencantikkan kulit

2. Teh pudina

Kenapa teh pudina baik untuk orang yang nak kurus? Sebab aroma pudina itu sendiri dan komponen organik yang ada mampu mengurangkan selera korang. Kalau korang rasa macam nak mengunyah, bancuh teh pudina dan minum

3. Teh oolong

Berasal dari China, teh ini mengandungi komponen polyphenol yang sangat efektif dalam mengawal metabolisma badan. Amalkan setiap hari, insyaAllah ia boleh menurunkan risiko obesiti

4. Teh putih

Kajian menunjukkan bahawa teh ini dapat menghalang adipogenesis, iaitu proses pembentukan sel lemak. Ia juga dapat mengawal teh kitar hidup sel lemak yang disebut sebagai adipocytes

Lebih best lagi, korang tak perlu mengeluarkan bajet yang tinggi kerana harganya juga mampu milik.

Bukan seperti produk kurus yang dijual dengan harga beratus-ratus dan belum tentu juga ia baik untuk kesihatan, jadi dengan hanya mengamalkan minuman teh saja juga mampu untuk membuatkan korang kurus.