4 Makanan Yang Perlu Diambil Oleh Pesakit Gastrik Sekarang Tanpa Berlengah

Bagi pesakit gastrik, selain mengambil ubat yang diberikan, saya mencadangkan beberapa makanan yang sesuai untuk mereka agar mudah sembuh.


       1.KARBOHIDRAT

Karbohidrat membekalkan tenaga segera, tetapi pilihlah karbohidrat kompleks dalam bentuk sayur-sayuran dan bijiran seperti beras rebus dan beras perang. Makanan berkarhidrat ringkas seperti beras putih dan tepung putih menyebabkan keadaan bertembah teruk.

RUJUK: Mi-Kyeong Choi,Myung-Hwa Kang, and Mi-Hyun Kim. Dietary Intake Assessment and Biochemical Characteristics of Blood and Urine in Patients with Chronic Gastritis. Nutr Res. 2015 Apr; 4(2): 90–96.

  1. PROTEIN

Protein terbaik adalah dari sumber tumbuh-tumbuhan. Ini kerana tumbuh-tumbuhan bersifat alkali sangat membantu pesakit gastrik.

Selain itu banyakkan protein dari sumber marine seperti ikan.

RUJUK:

Shinozaki K, Kamada T, Sugiu K, Kusunoki H, Manabe N, Shiotani A, Hata J, Teramoto F, Haruma K.High-protein diet suppresses corpus atrophic gastritis in Helicobacter pylori infected Mongolian gerbils. Cancer. 2010;62(8):1067-73.

  1. AIR

Pastikan minum air secukupnya. Ia membantu membuang toksin dalam darah. Ambil air mineral 2.5L sehari. Sesekali ambil air yang sedikit beralkali seperti air zam-zam. Ia membantu mengurangkan keasidan dalam perut.

RUJUK: Xu G, Song P, Reed PI. The relationship between gastric mucosal changes and nitrate intake via drinking water in a high-risk population for gastric cancer in Moping county, China. European Journal of Cancer Prevention : the Official Journal of the European Cancer Prevention Organisation (ECP) [01 Oct 1992, 1(6):437-443]

  1. PROBIOTIK

Ambil protein yang mengandungi probiotik seperti yogurt bagi membantu mengawal jangkitan H Pylori dalam perut. Tempe dan kimchi juga sumber probiotik yang baik.

RUJUK: Lewis SJ, Freedman AR. Rewiev article: the use of biotherapeutic agents in the prevention and treatment of gastrointestinal disease. Aliment Pharmacol Ther 1998; 12: 807–22.

Semoga bermanfaat.