Anak Nak Makan Snek Buka Penutup Muka, Ibu Turut Dihalau Keluar, Pesawat Sanggup Patah Balik

Dengan keadaan dunia ketika ini berhadapan wabak COVID-19, kita sering diingati supaya sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam dalam usaha mengekang penularannya.

Namun, cerita lain pula terjadi kepada seorang wanita ini apabila dia dan anaknya diusir keluar dari pesawat sewaktu dalam perjalanan dari Fort Myers, Florida ke Chicago pada Sabtu lalu.

Menurut kata ibu tersebut, Jodi Degyansky, 34, anaknya berusia 2 tahun itu membuka pelitup muka buat sementara waktu untuk menikmati snek makanan.

Wanita itu mendakwa bahawa pesawat tersebut berpatah balik semata-mata untuk mengusir dia dan anaknya biarpun sudah memakai semula pelitup muka berkenaan.

Dia berasa malu dan kecewa akan kejadian itu dan sebagai alternatif, dia terpaksa membeli tiket pesawat lain untuk meneruskan perjalanannya.

kredit zayan

Artikel Berkaitan   ‘Setiap 5 Minit Kena Buang Air Kecil Selama 2 Hari’ – Ustaz Ini Kongsi Cara Tepis Sihir