“The Rock” Bengang Pagar Tidak Boleh Buka Nekad Tumbangkannya Guna Kekuatan Fizikal

Gara-gara tidak mahu lewat ke tempat kerja, bintang Hollywood, Dwayne Johnson, 48, atau The Rock menumbangkan pagar elektrik kediamannya di Los Angeles yang tidak berfungsi selepas bekalan elektrik terputus.

Johnson berkata, dia terpaksa menggunakan kekuatan fizikalnya untuk menumbangkan pagar itu supaya dapat keluar ke penggambaran filem Black Adam.

“Ia bukan masa yang terbaik untuk saya, namun saya perlu pergi bekerja. Saya tolak, tarik dan merobek pagar itu sehingga tumbang. Tanggalkannya dari tembok bata, putuskan keluli hidraulik dan campakkannya ke rumput,” katanya yang turut meminta bantuan juruteknik untuk memasangnya semula.

Johnson berkata, juruteknik yang sampai sejam selepas dia menanggalkan pagar berkenaan terkejut dan tidak percaya dia melakukannya dengan tangan sendiri.

“Pasukan keselamatan saya hanya dapat berjumpa dengan juruteknik pagar dan pengimpal sejam kemudian. Mereka nampak tidak percaya dan pada masa sama ketakutan bagaimana saya boleh tanggalkannya,” katanya.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   Lelaki Rasa Diri Masih Mampu Dan Ada Duit Sara Diri Nekad Pulangkan Semula Duit BPN