Selfie Gambar Banyak-Banyak, Tinggalkan Banyak Helaian Bulu, Kucing Kantoi Main Tablet Tuannya

Seekor kucing kantoi selepas dipercayai bermain tablet milik tuannya dengan bukti-bukti yang cukup kukuh.

Mana tidaknya, terdapat bulu-bulu pada skrin dan puluhan gambar yang diambil secara tidak sengaja oleh kucing berusia 7 bulan dari China ini.

Memetik laporan dari Daily Mail, kucing yang diberi nama Er Niu kantoi bermain iPad ketika tuannya tiada dirumah, menerusi gumpalan bulu putih yang ada pada skrin.

Selepas diperiksa, banyak pula gambar yang diambil oleh kucing putih ini, sehingga menjadi tular menerusi laman sosial Douyin pada Rabu lalu.

Dapat dilihat pada gambar yang diambil beberapa shot cantik dan menarik kucing itu sedang menjilat kakinya dengan flashlight kamera yang terbuka.

Dalam masa sama, pemilik kucing itu juga dilaporkan mempunyai seekor lagi kucing berusia 1 tahun yang bernama Xiao Ai.

Haha kantoi!

kredit era

Artikel Berkaitan   Mula-Mula Kaki Kena Gigit Nyamuk, Bapa Budak Ini Tidak Endahkan Akhirnya Kaki Membengkak Sebesar Seekor Kambing