Nak Bersihkan Kerongkong, Lelaki Tertelan Berus Gigi, Doktor Cek Rupanya Berus Gigi Dah Masuk Dalam Badan

SEBATANG berus gigi berjaya dikeluarkan daripada perut seorang lelaki menerusi satu pembedahan, selepas pesakit berkenaan tertelan ketika membersihkan kerongkongnya.

Doktor di Bakin Pertin General Hospital, Pradesh, India mengeluarkan berus gigi sepanjang 19 sentimeter (cm) menerusi satu pembedahan yang mengambil masa selama 30 minit.

Kejadian berlaku pada 15 September lalu ketika pesakit yang berusia 39 tahun itu menggosok giginya.

Pesakit pada mulanya dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran, namun klinik berkenaan terus merujuknya ke hospital.

Hasil ujian sinar-X gagal menemui berus gigi pada bahagian kerongkong lelaki itu – menyebabkan doktor menyimpulkan bahawa ia berada di dalam perutnya.

Satu pembedahan kecil dilakukan dan berus gigi itu berjaya dikeluarkan.

Pesakit berkenaan pulih dan dibenarkan keluar dari hospital beberapa hari kemudian.

kredit mstar

 

Artikel Berkaitan   Seringkali Letak Serbuk Milo Dalam Bekas Akan Jadi Keras, Rupanya Kita Terlupa Letak Bahan Ini Dalam Bekas