“Meniaga Apa Bang Garang-Garang Ni?” Peniaga Sibuk Buktikan Keberkesanan Produk Sampai Tak Sedar Ada Tangan Panjang Merembat

Pasti ramai yang setuju dengan kenyataan bahawa orang Cina pandai berniaga, dan kita dapat memerhatikan perkara ini baik dari segi prinsip kepadalah strategi perniagaan yang mereka gunakan untuk berjaya dalam bidang tersebut.

Lihat sahaja cara orang cina berniaga di pasar, mereka pandai untuk menarik dan melayan pelanggan untuk memastikan pulangan dan keuntungan.

Sebuah video yang tular ini juga membuktikan strategi unik yang digunakan seorang perniaga dari China untuk cuba menjual produk kepada orang ramai dengan gaya yang agresif dan lantang. Namun cara yang digunakan itu adalah untuk memastikan orang ramai tertarik untuk singgah dan menonton demonstrasi produk yang ditunjukkan.

Dalam video yang meraih perhatian ramai itu, perniaga tersebut menjual sebuah mesin pengisar dan cuba untuk menunjukkan bagaimana produk tersebut dapat mengisar buah-buahan yang keras.

Namun apa yang mencuri perhatian penonton bukanlah produk yang ditunjukkan lelaki itu mahupun cara dia menarik pelanggan, sebaliknya tindakan salah seorang pelanggannya yang mengambil kesempatan itu untuk mencuri.

Ketika peniaga tersebut sedang sibuk menunjukkan bagaimana pengisar tersebut berfungsi, seorang lelaki menghulurkan tangan di celah pelanggan lain dan mengambil sebekas daging tanpa disedari sesiapa sebelum memasukkannya ke dalam beg plastik dan beredar.

Tindakan selamba lelaki tersebut membuat ramai terhibur dan meninggalkan pelbagai komen lucu.

“Kenyang member…”

“Baek punya cilok…”

“Sekali bekas dia rembat…”

kredit HCL

Artikel Berkaitan   Lepas Amalkan Jus Ini, Kencing manis Berkurang, Kolestrol Menurun