Video Lucu Kanak-Kanak Minta Pelakon “Hulk” Bertukar Jadi Hulk, Tetiba-Tiba Dia Jadi Takut Bikin Gamat

Filem superhero berjudul Hulk, iaitu seorang manusia yang berkebolehan bertukar menjadi gergasi berbadan hijau adalah salah satu watak yang cukup mengagumkan. Menjadi salah satu watak dalam filem pecah panggung berjudul Avengers, personaliti Hulk yang sukar untuk mengawal emosinya menjadi karakter ini sesuatu yang istimewa dan unik.

Pelakon utama yang membintangi filem Hulk yang diterbitkan pada tahun 2012 ini adalah Mark Ruffalo. Baru-baru ini rakaman rancangan sesi temubual Mark Ruffalo telah menjadi perhatian warganet.

Menerusi video yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter itu, Mark Ruffalo sedang menceritakan satu situasi ketika dia berada di sebuah restoran bersama anaknya. Menurut pelakon ini, ada seorang budak lelaki datang menghampirinya dan bertanyakan adakah dia Hulk.

Disebabkan pertanyaan itu anak pelakon Hulk ini meminta bapanya untuk bertukar menjadi watak tersebut dengan selambanya. Melayan permintaan anak-anak kecil itu, Mark Ruffalo mencubanya namun dihalang pula oleh budak lelaki tersebut.

Berikut adalah video penuh kisah anak pelakon Hulk yang diceritakan oleh Mark Ruffalo dalam sesi rancangan tersebut:

Video tersebut telah meraih hampir 400 ribu tontonan dan 43,800 retweets serta 39,800 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Hahaha dengar cerita dia pun dah tahu comel”

“Tengok banyak kali pun masih kelakar hahaha”

kredit HCL

Artikel Berkaitan   Kehadiran Sekumpulan Biri-Biri Yang “Melancong” Ke Paris Mengejutkan Ramai Pelancong Di Sana