Lelaki 18 Tahun Nekad Kahwin 2 Isteri Dalam Tempoh 1 Bulan, Isteri Pertama Sangka Itu Tetamu Rupanya Madu, Ibunya Pula Pengsan Sebaik Tahu

DUA isteri dalam dua minggu! Itu dilakukan Ahmad Rizal, remaja lelaki berusia 18 tahun di Lombok, Indonesia. Dia yang masih bersekolah di Sekolah Menengah Vokasional baru bernikah selama seminggu namun membuat keputusan untuk menambah seorang lagi isteri.

Keputusan remaja itu bukan saja mengejutkan isteri pertama, Fitriani, malah ibunya turut pengsan sebaik mendengar permintaan anaknya itu.

Menurut Kompas.com, isteri pertamanya baru saja tamat pengajian di Sekolah Menengah Rendah manakala isteri keduanya, Mariani masih menuntut di Sekolah Menengah Atas.

Bagaimanapun, mereka akan tetap meneruskan pengajian walaupun sudah berkahwin untuk masa depan bersama.

Kemudian, ayah lelaki terbabit bersetuju pernikahan dilakukan secara adat tanpa membabitkan pejabat pentadbiran agama kerana anak dan menantunya masih di bawah umur.

Keluarga pengantin lelaki dan perempuan agak khuatir dengan tindakan lelaki itu, namun berharap bahtera rumah tangga mereka akan bahagia.

Sementara itu, isteri pertamanya turut kecewa dengan keputusan lelaki berkenaan tetapi reda dengan takdir mereka.

“Saya sangka mereka hanyalah tetamu yang datang berkunjung tetapi sebenarnya keluarga isteri kedua.

“Saya kecewa namun perkara ini sudah terjadi dan saya perlu berusaha untuk hidup bahagia,” katanya.

kredit Malaysiapost

Artikel Berkaitan   Boleh Ke Solat Ketika Azan Masih Berkumandang? Baca Ini, Ramai Yang Masih Tidak Tahu..