Setiap orang pasti memiliki impian untuk membeli kereta idaman. Tidak kira perempuan atau lelaki, masing-masing mempunyai citarasa tersendiri dalam pemilihan kenderaan untuk kegunaan sendiri. Ada yang memasang impian untuk miliki kereta berjenama luar negara malah ada juga yang tidak kisah tentang jenama. Janji ada kereta sendiri pun sudah memadai bukan?
Tidak terkecuali dengan sebuah video ini yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Twitter iaitu @Khairul_35 dimana terdapat seorang lelaki yang kelihatan sedang test drive sebuah kereta Lamborghini untuk dibawa pulang. Lelaki tersebut dilihat sangat teruja dengan pemanduan pertama kalinya yang menggunakan kenderaan Lamborghini terbabit di jalan raya.
Member baru dapat Lamborghini nak bawak balik rumah. Tengok apa jadi dekat hujung video 😰😰 pic.twitter.com/h8oX6z7Jxb
— Khairul Azman (@Khairul_35) December 13, 2020
Akan tetapi, lain pula yang berlaku apabila terdapat sebuah kereta Axia yang secara tiba-tiba drift di laluan sebelah kenderaan tersebut dan keadaan itu telah membuatkan mereka terkejut dengan adegan berkenaan. Kejadian itu sempat dirakam oleh seorang individu yang kebetulan sedang merakam pemanduan terbabit.
Ternyata, rakaman tersebut telah membuatkan ramai pengguna Twitter yang rasa terhibur dengan reaksi spontan mereka di samping terdapat juga segelintir daripada warganet yang turut menyangka kereta yang melakukan drift tersebut adalah kereta Myvi. Posting itu menerima sebanyak 119 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.
“Kenapa saya gelak…”
why did i laugh kelakar bodo https://t.co/9GHvm92rjt
— 𝙇𝙪𝙣𝙖 (@yrlocalhabibti) December 15, 2020
“Axia tu cuba nak potong…”
normal days in malaysia 😂😂😂 https://t.co/L8TQHoDn5Z
— ᴍɪʟʜᴀɴ 🇲🇾 ヾ(^∇^) (@HilmanJunaidi) December 15, 2020
“Bukti axia tu lagi laju…”
Proof that axia is faster than lamborghini 😩👍🏻 https://t.co/DuPvCtNs2U
— benjamin (@knackeredbloke) December 15, 2020
kredit HCL