Allahuakbar! Inilah Penyakit Akhir Zaman Umat Manusia, Sedang Berluasa Tapi Dianggap Biasa

Sepertimana kita tahu, pada akhir zaman ini terdapat pelbagai jenis penindasan yang berlaku dimana-mana sahaja termasuklah sesama umat Islam sendiri disebabkan sifat tamak yang tertanam dalam diri manusia.

Kalau kita baca semula beberapa hadis Nabi Muhammad SAW, baginda Nabi SAW sudahpun menceritakan keadaan yang bakal berlaku pada akhir zaman.

Daripada Tsauban r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Hampir tiba satu waktu di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka.”

Maka salah seorang sahabat bertanya: “Adakah hal itu kerana bilangan kamu sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir dan Allah SWT akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit wahan.”

Seorang sahabat bertanya: “Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah?”  Nabi SAW menjawab: “Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Dawud).

Hadis di atas menyatakan berlakunya keadaan ini apabila umat akhir zaman ini menghidap dua penyakit yang amat kronik. Cintakan dunia dan takutkan mati.

Apakah penyakit lain yang tidak disebut oleh Nabi Muhammad SAW yang menyebabkan keadaan ini boleh berlaku?

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda“Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.” Sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?”

Nabi SAW menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah (HR Hakim):

Sudah tentu jika ada penyakit mesti ada ubatnya. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT:

Artikel Berkaitan   Khabar Gembira Kepada Peminat Family Mart Kerana Anda Boleh Makan Makanan Di Family Mart Tanpa Was-Was

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Agama Islam)” (Surah Ali Imran: 103)

Bahkan Rasulullah SAW berpesan kepada kita, umatnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kalau kamu berpegang dengannya nescaya kamu tak akan sesat selamanya iaitu: al-Quran dan sunnahku.”

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda: “Semua umatku akan masuk ke dalam syurga melainkan yang enggan.”

Sahabat berasa kehairanan lalu bertanya; “Ya Rasulullah! Siapa yang tidak mahu masuk syurga?” Rasulullah SAW menjawab: “Siapa yang taat kepadaku bererti dia mahu masuk syurga dan siapa yang menyalahi ajaranku maka itulah yang tidak mahu masuk syurga.” – (Riwayat Bukhari)

kredit zayan