Wajah Garang, Mulut Ada Janggut, Badan Gebu Habis, Kucing Ini Berjaya Tarik 101k Kerana Aksinya Yang Comel

Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang memiliki rupa dan personaliti yang comel. Bayangkan dengan bulu yang gebu, ia mungkin menjadi perhatian ramai, sama seperti Zuu.

Zuu, kucing peliharaan dari Korea, memiliki mimik wajah yang garang dengan bulu hitam pada bawah bibir membentuk janggut.

Zuu tinggal bersama seekor lagi kucing yang diberi nama Bocco, kini aktif menerusi laman akaun Instagramnya bernama @Pechanko_bocco. Sehingga kini, mereka mempunyai pengikut seramai 101 ribu di Instagram.

Bocco merupakan kucing spesis exotic short hair dan dilahirkan pada 26/6/2016, manakala Zuu daripada spesis exotic long hair dan dilahirkan pada 21/8/2017.

Artikel Berkaitan   Orang Ramai Report, Polis Temui Wanita Kemurungan, Anak Terbiar Tak Berpakaian Tepi Jalan