Kalau Tengah Bawa Kereta Laju Tiba-Tiba Tayar Anda Pecah, Tolong Jangan Brek! Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Pernahkah anda memandu, tiba-tiba sahaja tayar kenderaan anda meletup, menyebabkan anda menjadi panik?

Perkara pertama yang terlintas di fikiran sudah pasti ramai yang akan cuba untuk menekan brek bagi memberhentikan kenderaan masing-masing.

Namun menurut perkongsiAN oleh Pakistan Drag racing -PDR, pada kelajuan 100 km/j, anda tidak seharusnya menekan brek sekiranya tayar kenderaan anda meletup secara tiba-tiba.

Berikut adalah lima tips yang boleh anda guna bagi menghadapi insiden ini:

  1. Kekal tenang sebaik mungkin dan pegang stereng dengan kuat menggunakan kedua-dua belah tangan.
  2. Jauhkan kaki daripada brek. Geseran daripada tayar yang pecah akan memperlahankan kenderaan anda dengan sendirinya.
  3. Tetap pada laluan anda dan jangan cuba menukar arah atau memberi laluan kepada kenderaan lain.
  4. Sekiranya anda menggunakan kereta manual, perlahan-lahan tukar kepada gear rendah. Jika kereta jenis automatik, jangan tukar gear sebaliknya kekal sahaja pada gear D.
  5. Apabila kenderaan sudah mulai perlahan pada kelajuan bawah 50 km/j, perlahan-lahan tekan brek sehingga kenderaan anda berhenti.

Paling penting, jangan panik untuk memastikan kenderaan anda stabil dan tidak menyebabkan kemalangan kepada diri dan pengguna jalan raya yang lain. Periksa tayar kenderaan anda setiap kali sebelum memulakan perjalanan.

kredit era

Artikel Berkaitan   Gegaran Terbaru Yang Luar Biasa Menyebabkan Orang Ramai Lari Bertempiaran Tinggalkan Anak-Anak