Spesies Lebah Yang Paling Berbahaya Di Dunia, Boleh Membunuh Manusia Dengan Pantas, Pakar Terpaksa Pasang Alat Penjejak Di Badan Lebah

Seekor tebuan pembunuh yang boleh mendatangkan maut kepada mana-mana individu yang disengat, telah dipasangkan dengan sejenis alat penjejak bagi memudahkan pihak berkuasa mengesan sarangnya.

Kejadian berlaku di Amerika Syarikat selepas pihak berkuasa berusaha untuk menghapuskan serangga berbisa ini sejak ia mula dikesan pertama kalinya hujung tahun lalu.

Bagi memudahkan Washington State Department of Agriculture (WSDA) menjejak lokasi rahsia sarang tebuan berbisa ini, seekor tebuan yang ditangkap telah dipasangkan dengan sejenis alat penjejak radio, sebelum ia dilepaskan untuk kembali kepada sarangnya.

Alat penjejak itu telah membawa mereka kepada sarang yang menempatkan 85 ekor tebuan, dengan kira-kira 13 ekor lagi telah berjaya melarikan diri.

Daripada jumlah yang ditangkap itu, ia terdiri daripada dua ratu tebuan, pekerja, larva dan tebuan dewasa.

Tebuan ini bukan sahaja mendatangkan ancaman kepada manusia, malah ia juga menyebabkan spesis lebah menjadi semakin pupus.

Menurut seorang entomologi WSDA, Sven-Erik Spichiger, teknik penjejak radio ini sangat berkesan dalam mengesan lokasi sarang serangga berbisa seperti tebuan ini, dalam usaha menjaga keselamatan orang ramai serta ekosistem sekitar.

kredit era

Artikel Berkaitan   Selalu Rasa Malas Nak Beribadah? Cuba Semak 2 Punca Ini Yang Mungkin Menjadi Penyebabnya..