Allahuakbar! Salah Seorang Pengawal Penting Raja Arab Saudi Telah M4ti Ditembak

Seorang pengawal peribadi kepada pemerintah Arab Saudi, Raja Salman ditembak mati dan tujuh yang lain cedera termasuk anggota pasukan keselamatan semasa pergaduhan di rumah seorang rakan, kata pihak berkuasa semalam.


Jeneral Abdelaziz al-Fagham yang kerap dilihat berada di sisi Raja Salman, me­ninggal dunia petang kelmarin di bandar Jeddah, barat Arab Saudi, demikian menurut kenyataan agensi berita Saudi Press (SPA).

“Abdelaziz sedang melawat rakannya di rumah lelaki berkenaan di Jeddah apabila seorang kenalan, Mamdouh al-Ali memasuki kediaman tersebut.

“Abdelaziz dan Mamdouh bertengkar. Mamdouh me­­­ni­n­g­galkan rumah itu dan kem­bali semula membawa sen­jata api serta menembak ke arah Abdelzaziz,” lapor SPA.

“Dia mencederakan dua yang lain di kediaman sama iaitu seorang pekerja Filipina dan saudara lelaki pemilik rumah berkenaan,” tambahnya.

Rangkaian televisyen rasmi Arab Saudi, Al-Ekhbariya melaporkan bahawa insiden itu berpunca daripada ‘perbalahan peribadi’ tetapi tidak memberi perincian lanjut.

Mamdouh kemudian mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pihak berkuasa yang turut mengakibatkan lima anggota keselamatan cedera, selepas suspek enggan menye­rah diri, tambah SPA.

Laporan itu juga menyatakan, Abdelaziz meninggal dunia di hospital akibat kecederaan dialaminya dan satu siasatan telah dilancarkan.

Jeneral yang rapat dengan Raja Salman itu sangat dikenali dalam kalangan rakyat Arab Saudi.

Kematiannya menerima reaksi penuh emosi di laman Twitter dengan sebahagian pengguna media sosial mengutuk keras pembunuhan pengwal peribadi pemimpin Arab Saudi itu. – AFP