Mempunyai Ratusan Ribu Pengikut, Obama Pernah Bergambar Bersamanya, Gli Kucing Penjaga Aya Sofya Hembuskan Nafaskan Selepas 16 Tahun Berkhidmat

Gli, kucing kesayangan di Masjid Besar Hagia Sophia, telah disahkan mati pada usianya 16 tahun, seperti yang dimaklumkan menerusi akaun Gli di Instagram.

Gli meninggal di klinik veterinar dekat Levent, ketika sedang mendapatkan rawatan.

“Saya bersimpati atas kehilangan Gli. Kucing Hagia Sophia, Gli, yang telah dirawat di klinik veterinar swasta dekat Levent sejak 24 September, sayangnya telah meninggal dunia kerana usia tua. Kami tidak akan melupakan anda. Gli,” kata Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya di akaun Twitternya.

Dianggap sebagai kucing selebriti, Gli mempunyai lebih daripada 113,000 pengikut di Instagram dan telah tinggal di Masjid Besar Hagia Sophia sejak 16 tahun yang lalu.

Dengan mata hijau yang bersinar, Gli telah menjadi kegemaran ramai pengunjung masjid, termasuk bekas Presiden A.S. Barack Obama, yang dirakamkan menerusi foto sedang membelai Gli semasa lawatan beliau pada tahun 2009.

Setelah penukaran status Hagia Sophia kepada masjid tahun ini, pihak berkuasa Turki memberi jaminan kepada orang ramai bahawa Masjid Besar Hagia Sophia akan tetap menjadi rumah penginapan kepada Gli.

kredit era

Artikel Berkaitan   Inilah Bezanya Nafkah Isteri dan Wang Belanja... Ramai Yang Salah Anggap Perkara Ini