Penduduk Kota Perjudian Las Vegas Terkejut Dengan Kehadiran Jutaan Belalang Yang “Menyerang” Wilayah Itu

PENDUDUK sekitar kota perjudian, Las Vegas panik berikutan ‘serangan’ jutaan belakang sejak awal minggu ini.


Para saintis percaya penghijrahan belalang tersebut dari utara ke tengah Nevada itu akibat perubahan cuaca yang lembab sejak beberapa bulan lalu.

Walaupun dianggap sebagai kejadian luar biasa, namun mereka percaya ia tidak berbahaya.

Serangga itu juga dikatakan tidak membawa penyakit, tidak menggigit dan akan beredar dalam masa beberapa minggu.

Kehadiran jutaan belalang itu juga dikesan pada alat pengesan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) Las Vegas .ALAT pengesan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) Las Vegas turut mengesan kehadiran jutaan belalang di Las Vegas Strip.

“Analisis yang dibuat pada alat pengesan kami mendapati ia merupakan sesuatu yang hidup termasuk burung, kelawar, pelbagai jenis serangga dan dalam kes ini, belalang,” kata agensi tersebut dalam satu entri di akaun Twitter miliknya.

Pakar Entomologi Jabatan Pertanian Nevada, Jeff Knight dipetik media sebagai berkata, penghijrahan serangga ini berlaku sekali dalam beberapa tahun.

Dalam satu sidang media pada Khamis, Knight menggesa orang ramai untuk tidak panik kerana jelasnya serangga itu sendiri tidak berbahaya.

Namun ia tidak menghalang penduduk untuk memuat naik foto jutaan belalang itu di media sosial sehingga menjadi tular.

Caitlin Sparks memuat naik satu foto di akaun Twitter miliknya yang menunjukkan lampu jalan dikelilingi jutaan belalang.

Serangga ini dikatakan tertarik pada lampu ultra-unggu dan dilihat berkumpul di kawasan terang terutamanya di kawasan hotel dan pusat kasino yang dipenuhi pelancong.

Bagi mengatasi masalah tersebut, beberapa pusat hiburan sepanjang ‘The Strip’ mengambil keputusan untuk menutup lampu di bangunan masing-masing.

Las Vegas mencacatkan lebih banyak hujan dalam enam bulan daripada purata tahunan iaitu 10.7 sentimeter setahun.