Susah Nak Tidur Setiap Malam, Mesti Je Ada Yang Masuk Dalam Kepala, Senang Je Dengan Bawang Putih

Pernahkah anda mendengar petua dari orang lama tentang amalan meletakkan bawang putih dibawah bantal, bertujuan bagi membantu merawat masalah tidur?

Bawang putih secara amnya mempunyai sejenis bahan kimia yang bernama allicin, yang bertindak sebagai antikulat dan anti jangkitan bakteria.

Kegunaannya boleh melancarkan saluran pernafasan yang tersumbat dek kerana selsema, seterusnya membuatkan tidur menjadi lebih berkualiti. Caranya, tumbuk 3-4 ulas bawang putih, rebuskan dan sedut wapnya.

Selain itu, allicin ini berfungsi sebagai ejen melawan kuman dan virus dalam badan kita. Ia juga menjadi sebab kenapa mulut dan badan anda berbau selepas memakan bawang putih.

Seterusnya, bawang putih juga berfungsi sebagai toksik kuat kepada serangga. Jadi, dengan meletakkan bawang putih dibawah bantal atau berdekatan dengan tempat tidur anda, ia dapat menghindarkan anda daripada gangguan nyamuk.

Ciri-ciri antioksidan dan antimikrobial pada bawang dapat membantu bendalir badan dan organ, terutamanya jantung dan otak untuk kekal sihat dan kurang risiko dijangkiti.

Sejenis bahan kimia dalam badan, dikenali sebagai GABA, boleh diaktifkan dengan kandungan magnesium dan potasium yang tinggi dalam bawang putih. GABA membantu tubuh supaya kekal tenang dan proses pemulihan tubuh dapat berlangsung dengan lancar semasa kita sedang lena tidur.

Jadi, buat mereka yang mempunyai masalah tidur itu, boleh cuba letakkan bawang putih dibawah bantal dan lihat kesannya. Tetapi jika masih tidak berkesan, sila dapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan, boleh jadi ia berkait dengan psikologi anda.

kredit era

Artikel Berkaitan   Ketika Rakannya Sedang Menikmati Zaman Kanak-Kanak, Kanak-Kanak 10 Tahun Ini Kerka Keras Di Pasar